Ukiran Pada Telur Memecahkan Rekod Dunia (3 Gambar)


Kali ini berlaku di negara Turki, seorang lelaki yang pakar dengan ukiran telur telah memecahkan rekod dunia membuat lubang paling dalam pada satu telur ayam. Lelaki ini dikenali sebagai Hamit Hayran yang berusia 62 tahun, beliau telah berjaya membuat lubang sebanyak12,000 lubang, tanpa menyebabkan kulit telur pecah.

Inilah telur yang telah diukirnya sebanyak 12,000 lubang

Haryran mula memupuk seni ukiran telur selepas mengalami kecacatan akibat kemalangan kerja pada tahun 1988. Dan sejak itu, dia telah menjadi salah satu artis ukiran telur yang paling terkenal di dunia.


Selain mencipta beberapa karya seni yang menakjubkan, dia juga aktif untuk memecahkan rekod dirinya. Untuk pengetahuan anda, pada mulanya dia telah berjaya memecahkan rekod dunia  dengan mengukir 8,708 lubang ada satu telur ayam.

Dan selepas itu dia telah memecahkan rekodnya sekali lagi dengan 11,827 lubang, dan yang terakhir pada tahun ini 2020, dia telah membuat ukiran lubang pada 1 telur ayam sejumlah 12,000 lubang.


Tetapi untuk memecahkan rekod ini memerlukan perjuangan yang lama dan kesabaran yang tinggi. Menurut Haryran, dia menghabiskan masa selama setahun untuk mengukir 1 biji telur ayam.

Dia merahsiakan teknik yang digunakannya untuk memastikan kulit telur ayam itu tidak pecah apabila dia membuat lubang sebanyak 12,000 kali.-sumber

Klik Untuk Post Terkini

2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda