-->

60 Jam Diperlukan Untuk Menyiapkan Lukisan Ini



Seorang pelukis yang dikenali ramai, memerlukan masa 60 jam untuk menyiapkan sebuah lukisan yang sangat menarik dan sangat teliti. Beliau dikenali sebagai Nestor Canavarro, tinggal di kawasan Buenos Aires, Argentina. 


Cuba anda lihat lukisan beliau ini, sangat teliti sehinggakan anda boleh lihat dengan jelas kedutan di kulit wajah gambar ini. 



lukisan ini adalah wajah seorang pelakon dan penerbit filem yang terkenal di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Morgan Freeman. Antara filem yang beliau terlibat adalah Angel Has Fallen, The Dark Knight Rises dan banyak lagi.



Menurut Nestor Canavarro, dia hanya mengguankan pensil berwarna untuk melukis keseluruhan gambar potret tersebut. Dia sangat teliti sehinggakan dia terpaksa mengguankan kanta pembesar bagi melihat dengan lebih dekat dah jelas.

Maka tidak hairan lah hasil lukisan beliau menjadikan beliau terkenal di seluruh dunia. Anda juga boleh melihat hasil karyanya di instagram beliau iaitu nestorcanavarro, lebih 34 ribu yang mengikuti perkembangan beliau. Gambar di bawah adalah hasil lukisan Nestor Canavarro, sungguh penyabar orangnya. 


Ini adalah wajah Malcolm McDowell beliau adalah seorang pelakon Inggeris, yang terkenal dengan selalu mengambil watak jahat. Antara hasil lakonan beliau adalah filem halloween 2007, Bombshell 2019 dan banyak lagi. 


 Siapa tak kenali beliau, Christopher Walken seorang pelakon, penari profesional dan pengarah filem dari Amerika Syarikat. Beliau telah berlakon lebih 100 buah filem antaranya The Rundown, Man on Fire, Catch Me If You Can dan banyak lagi.


 Beliau adalah Robert Anthony De Niro Jr. seorang pelakon, penerbit dan pengarah Amerika Syarikat. Antara filem yang dilakonkan oleh beliau adalah The Godfather Part II, GoodFellas dan banyak lagi.


saya sangat minat lakonan beliau, beliau adalah Woodrow Tracy atauWoody Harrelson seorang pelakon, aktivis dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi dua kali dan teah memenangi satu Anugerah Emmy daripada tujuh pencalonan. Filem yang dibintangi oleh beliau adalah Zombieland: Double Tap, Now You See Me, The Hunger Games, Midway 2019 dan banyak lagi, semuanya filem meletop.



 Ini adalah Thomas Jeffrey atau lebih dikenali sebagai Tom Hanks seorang pelakon, penerbit, penulis dan pengarah filem dari Amerika Syarikat. Antara lakonan beliau adalah Forrest Gump, Saving Private Ryan, Captain Phillips dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda Tom Hanks adalah selebriti terkenal yang pertama disahkan positif Covid 19. Mereka dipercayai dijangkiti virus Covid-19 ini ketika di Amerika Syarikat atau dalam perjalanan ke sana, menurut pegawai dari Queensland Health. 





1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda