-->

Amerika Dan Eropah Berpotensi Besar Penyebaran Covid 19


Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO meramalkan akan ada perubahan wabak Covid 19, iaitu berdasarkan data yang mereka ada, covid 19 ini semakin hari semakin berkurang di kawasan Asia dan kemungkinan akan berakhir tidak lama lagi. Namun begitu, Amerika Syarikat dan kawasan Eropah akan bakal menjadi pusat penyebaraan Covid 19 bagi tahun ini.


WHO adalah merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia.


Menurut Margaret Harris, kita dapat melihat perubahan virus covid 19 di kawasan Amerika dan Eropah, malah Amerika mempunyai potensi besar kepada penyebaran covid 19 ini, sekirannya kerajaan tersebut tidak mengambil tindakan segerah.

Selain itu Amerika dan Eropah berpotensi menjadi pusat penyebaran baru kerana dalam masa 24 jam, kita dapat lihat jumlah kes meningkat sehingga 85 peratus. 



Berdasarkan data dari worldometers.info, Amerika berada di tangga ketiga dari segi jumlah kes dan mangsa yang meninggal dunia akibat virus Corona. Sehingga kini, terdapat 49,174 kes dan 616 mangsa telah meninggal dunia akibat covid 19.

Manakala di Eropah pula, Itali menduduki tempat pertama dari segi jumlah kes dan kemvtian. Terdapat 63,927 kes covid 19 dan 6,077 kemvtian, sekali gus menjadikan negara Itali penyumbang terbesar yang terbesar di dunia. 


Walaupun kedua-duanya menunjukkan potensi sebagai pusat penyebaran terbaru bagi virus covid 19, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mengatasi masalah ini. Itali mengarahkan "lockdown", di lebih daripada 25 wilayah, untuk membendung penyebaran virus covid 19. 

Sementara itu, kerajaan Amerika Syarikat pula cenderung kepada "cool". Presiden Amerika Syarikat yang ke -45 iaitu Donald John Trump atau Donald Trump, mengambil keputusan untuk tidak melaksanankan "lockdown". Ini kerana apabila negara yang kuat ini melaksanankan "lockdown" ianya akan memberi impak yang sangat besar terhadap ekonomi Amerika Syarikat.


Menurut Trump, Amerika sentiasa terbuka seperti biasa. Selain itu, Trump juga cuba menyalahkan negara China kerana penyebab berlakunya wabak covid 19 dan membawa penderitaan terhadap Amerika Syarikat.  Trump berkata bahawa China mesti bertanggungjawab terhadap pandemik global.

Di negara China pula, kini bersiap sedia untuk mengakhiri pelaksanan "lockdown" mereka, terutamanya di beberapa kawasan di Hubei, termasuk di daerah Wuhan pada 8 April nanti.-sumber

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda