-->

Bencana Alam Yang Pernah Berlaku Di Dunia


Sehingga kini dunia kita kerap kali berlakunya bencana alam, sebelum anda melihat gambar di bawah ini akibat berlakunya bencana alam. Anda perlu faham apa itu bencana alam, bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letupan gunung berapi , gempa bumi , tanah runtuh , taufan ) dan aktiviti manusia . 


Bencana timbul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan. Oleh itu, aktiviti semulajadi yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tidak ada manusia yang tinggal di kawasan tersebut, contohnya gempa bumi di kawasan tidak berpenghuni seperti padang pasir. 

Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa itu tidak akan berbahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung atau tidak. 

Gambar di bawah ini adalah bencana alam yang pernah berlaku di seluruh dunia.


Sebuah patung Hindu Tuhan Siva tenggelam di tengah-tengah air banjir di sungai Ganges, 17 Jun 2013. Banjir Monson melanda Uttarakhand, membunvh ribuan orang di kawasan bandar. Pihak berkuasa mengakui jumlah kemvtian yang tepat mungkin tidak pernah diketahui kerana banyak mavat dianggap telah dihanyutkan dan ada yang terkubur di bawah runtuhan.



2011 gelombang Tsunami di Jepun, Bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku berlaku pada 11 Mac 2011 yang mengakibatkan kemativa manusia dan kesan ekonomi yang dahsyat. Kejadian tsunami memaksa seramai 300,000 orang penduduk meninggalkan tempat tinggal mereka di kawasan Tōhoku, di samping kekurangan bekalan makanan, air, tempat berteduh, ubat-ubatan dan bahan bakar untuk mereka yang terselamat.


Rumah itu terletak di pinggir bandar Cincinnati, rumah ini sangat mewah dan bernilai lebih dari $ 4 juta dollar pada tahun 2011. Keluasan rumah ini berukuran 5.3 ekar dan mempunyai lima bilik tidur, tujuh bilik mandi. Pemilik rumah ini dikenali sebagai Jeff Decker, beliau menghabiskan tiga tahun untuk membina rumah keluarganya, yang siap pada tahun 2006. 




Kapal layar, Antarctica yang menakutkan ini adalah kapal karam milik Brasil di Ardley Bay. Waktu itu warganegara Brasil ingin membuat dokumenter film tetapi akibat angin kencang dan laut bergelora memaksa mereka untuk meninggalkan kapal dan sejak itu, kapal pesiar ini terbiar dan karam di lautan sehingga kini.


Tumpahan minyak di Teluk Mexico 2010 atau lebih dikenali sebagai tumpahan minyak Deepwater Horizon yang berlaku pada 20 April 2010  di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico. Tumpahan minyak ini dianggap tumpahan luar pantai terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat dan antara tumpahan minyak terbesar di dunia.




Pada 10 April 2013, runtuhan tanah terbesar jatuh ke dalam lubang perlombongan tembaga di Bingham Canyon di Utah, Amerika Syarikat. Sekitar 65 hingga 70 juta meter padu serpihan runtuh ke dinding lombong dalam kelajuan 100 batu sejam.

Tanah runtuh yang begitu besar menggegarkan bumi direkod oleh sensor seismik seperti gegaran. Dan hasil rekod tersebut dicatat iaitu pada 2.5 pada Skala Richter.

Bencanan alam ini merupakan tanah runtuh yang terbesar dalam sejarah moden Amerika Utara hasil buatan manusia terbesar di dunia. Bingham Canyon telah menghasilkan tembaga sejak 1906 dan membekalkan 25 peratus daripada semua tembaga yang digunakan di Amerika Syarikat. 

Lebih dari satu abad aktiviti perlombongan telah menghasilkan kawah yang dalamnya 970 meter dengan lebarnya lebih kurang 4 km. 


Cancel

Terima Kasih atas comment anda