-->

Dry Ice Atau Ais Kering Boleh Membawa Mavt



Dry Ice atau ais kering adalah sejenis penyejuk yang digunakan dalam industri makanan. Selain itu ianya juga digunakan kepada mavat manusia bagi bertujuan menyegarkan tubuh mavat tersebut.


Namun begitu ais kering ini sangat berbahaya sekirannya disalah gunakan, seperti mana yang berlaku disebuah negara Rusia. Kes ini bermula pada seorang selebriti rusia yang dikenali sebagai Yekaterina Didenko.



Beliau meraikan hari jadinya yang ke 29 tahun, bersama suami dan rakan-rakannya. Menurut berita Moscow, dia mengarahkan 25 kg ais kering dicampur ke dalam kolam renang di mana majlis itu diadakan.

Tujuan utama beliau pencampuran ais kering ke kolam renang untuk membuat kabus di atas air dan ketika itu juga tetamu yang berada di majlis itu menyatakan air kolam renang tersebut sangat panas.



Selepas ais kering dituangkan ke kolam renang tersebut, tetamu segera melompat ke dalam kolam renang tersebut, tanpa mengetahui bahaya yang mereka bakal hadapi. Selepas melompat masuk ke dalam kolam renang itu, mereka segera keluar disebabkan mereka merasa sangat lemah dan tidak sedarkan diri. 



Akibatnya,  empat orang menjalani rawatan disebabkan keracunan kimia. Dua orang mvti di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal di hospital. Manakala suami Yekaterina Didenko adalah salah seorang daripada mangsa yang mvti akibat air kering ini.

Hasil penyelidikan awal menunjukkan penyebab kemvtian adalah kelemahan dan kekurangan oksigen.-sumber

Persoalanya kenapa air kering atau dry ice ini sangat berbahaya?


Untuk pengetahui lebih lanjut, kita perlu faham mengenai ais kering ini. Ais kering  atau Dry ice ini adalah karbon dioksida yang dipadatkan. Lebih dikenali CO2 (Carbon Dioxide 2), CO2 ini bertekanan pada suhu -78 ° C suhu yang sangat rendah sehingga menjadi sangat-sangat sejuk.

Apabila CO2 ini dibawa ke suhu normal, ais karbon dioksida ini tidak mencair, tetapi ia akan berubah bentuk  dari pepejal ke gas. Proses ini dikenali sebagai pemejalwapan.

Sekiranya Gas karbon dioksida dihirup oleh manusia, ianya akan mengakibatkan sakit kepala, kesukaran bernafas, rasa mual dan muntah. Tetapi sekiranya gas karbon dioksida dihirup secara berlebihan akan menyebabkan seseorang kehilangan kesedaran, dan boleh membawa mavt, seperti yang berlaku di negara Rusia.


Apa yang berlaku pada kes Yekaterina Didenko ini adalah campuran ais kering dan air di kolam renang menyebabkan molekul air di dalam kolam renang itu berada pada suhu yang lebih tinggi daripada CO2 beku. 

Maka terdapat proses perlanggaran antara molekul air dan molekul ais kering, ais kering menyejukkan air sementara air kolam menghangatkan ais kering . Oleh itu, molekul karbon dioksida berbentuk ais bergerak dan berubah menjadi bentuk gas dengan lebih cepat.-sumber

Semoga kes seperti ini menjadi pengajaran pada anda, sila ambil perhatian. 

Cancel

Terima Kasih atas comment anda