-->

Gambar Haiwan Pelik Tapi Benar



Tentu anda ingin melihat gambar haiwan pelik kan, dan mungkin ramai akan terkejut apabila anda melihat haiwan di bawah ini. Walau pun haiwan ini kelihatan pelik, namun hakikatnya memang ianya benar-benar wujud di bumi kita. 



Kenapa haiwan ini pelik? ini kerana rupa parasnya yang pelik dan sebab utamanya adalah populasi haiwan ini semakin berkurang, itu sebab ia kelihatan pelik di mata manusia. 

Gambar di bawah adalah antara haiwan pelik yang wujud dari seluruh dunia.

1. Semut Panda


Di dunia ini, serangga adalah salah satu haiwan yang paling banyak di dunia. Salah satu spesies semut yang jarang manusia ketahui ialah Semut Panda atau lebih dikenali sebagai ( Euspinolia militaris).


Kenapa dikenali sebagai semut panda? ini kerana warnanya sangat mirip dengan panda. Spesies semut ini mempunyai kombinasi warna hitam dan putih pada tubuhnya. Tetapi jangan fikir yang semut panda ini mempunyai kelakuan comel seperti panda.


Semut panda ini juga tidak berkelakuan seperti semut biasa. Kalau semut biasa, mereka mempunyai tugas khusus seperti semut queen, semut pekerja dan lain-lain. Semut Panda ini dikenali sebagai salah satu spesies yang digabungkan dalam Keluarga Mutillidae. Mutillidae adalah keluarga lebih daripada 7,000 spesies yang tidak bersayap dan menyerupai semut besar dan berbulu.-sumber


2. Burung Shoebill.


Burung Shoebill, sejenis burung yang semakin pupus. Untuk pengetahuan anda Burung Shoebill ini biasanya hidup di paya. Haiwan ini boleh dijumpai di beberapa wilayah di Afrika serta di wilayah Sudan, Uganda, Tanzania, dan Zambia. Walaupun ia wajuh burung Shoebill ini kelihatan menakutkan, tetapi burung ini sangat jinak pada manusia, sekiranya dipelihara dengan baik.


Sumber makanan burung Shoebill ini adalah ikan, selain itu haiwan ini juga makan makanan seperti reptilia kecil, ular air, katak,  dan juga kura-kura kecil yang hidup dipersekitarannya.

Menurut kajian, haiwan Shoebill bertelur dalam tempoh lima tahun sekali dan hanya satu saja yang dihasilkan. Ini mengakibatkan burung Shoebill menjadi haiwan yang terhad.  -sumber






3. Red Lip Bat Fish.


Haiwan pelik ini dikenali sebagai ikan Ogcocephalus Darwini, atau ikan kelawar merah (Red Lip Bat Fish.). Ikan pelik ini memiliki rupa yang sangat buruk iaitu memiliki mulut yang tajam, bibir seperti manusia malah berwarna merah terang seperti bergincu. 

Walaupun wajah binatang ini buruk, mempunyai fungsi tersendiri. Iaitu mudah untuk menyamar dan menarik mangsanya. Ikan ini mempunyai sayap yang lebar seperti kelawar. Itulah sebabnya ikan ini dinamakan sempena ikan kelawar. 


Ikan ini biasanya ditemui di perairan di Lautan Pasifik di sekitar Kepulauan Galapagos dan di luar pantai Peru. Untuk pengetahuan anda, apabila ikan ini mencapai usia dewasa, tanduk akan tumbuh di atas kepalanya. 

Ahli biologi mengesyaki bahawa tanduk itu digunakan untuk menarik mangsa. Tetapi sehingga kini, kajian mengenai fungsi bibir merah ikan ini masih belum diketahui.-sumber


4. Ikan Blue Parrotfish


Ikan ini dikenali sebagai Blue parrotfish (Scarus coeruleus), ikan ini adalah salah satu spesis daripada kumpulan ikan parrotfish yang tinggal di kawasan terumbu karang. 


Kewujudan ikan ini sangat penting, terutamanya di kawasan terumbu karang. Ini kerana bagi memastikan kawasan terumbu karang berada bersih dan terkawal daripada ditumbuhi oleh rumpai laut dan sponge yang berlebihan.



Berbeza dengan ikan-ikan parrotfish yang lain blue parrotfish ini sesuai dengan namanya sendiri yang menyatakan warnanya yang biru. 

Warna birunya yang jelas tidak seperti ikan-ikan lain yang hanya mempunyai sebahagian kecil badan mereka berwarna biru dengan gabungan warna-warna yang lain. -sumber



Cancel

Terima Kasih atas comment anda