-->

Apabila Adiwira Avengers Menjadi Tua (17 Gambar)


Tentu anda tertanya-tanya, macam manalah rupa wajah adiwira Avengers menjadi tua. Ini adalah karya seni yang dihasilkan oleh vfx guru dari instagram mereka. 


Selain instagram vfx guru ini juga mempunyai channel di lama youtube VFX GURU, apa yang menariknya? Mereka memaparkan bagaimana CGI yang dihasilkan dalam sesebuah filem, terutamanya filem-filem yang popular seperti Jumanji: The Next Level, Maleficent: Mistress of Evil, The Aeronauts, Avengers dan banyak lagi video yang menarik di channel mereka. Anda boleh lihat antara videonya di akhir post ini.


Gambar di bawah ini adalah hasil post dari instagram vfx.guru yang lebih dari 390 ribu pengikut. Lihatlah wajah adiwira dalam filem Avengers apabila mereka menjadi tua, sangat menarik.




1. Spiderman




Beliau dikenali sebagai Thomas Stanley Holland, seorang pelakon Inggeris dan penari. Holland terkenal dengan filem Spider-Man di Marvel Cinematic Universe. Holland dilahirkan pada 1 Jun 1996 (umur 23 tahun), di Kingston upon Thames, United Kingdom.



2. Loki



Beliau dikenali sebagai Thomas William Hiddleston ialah pelakon Inggeris. Pada awal kerjaya beliau muncul di sebuah teater West End dari Cymbeline dan Ivanov. Beliau dilahirkan pada 9 Februari 1981 (umur 39 tahun), di Westminster, London, United Kingdom


3. Thor


Dia adalah Chris Hemsworth,  seorang pelakon Australia. Beliau mulai dikenali dengan peranannya sebagai Kim Hyde dalam siri TV Australia iaitu Home and Away. Dan kini beliau semakin popular dalam filem Marvel sebagai Thor. Beliau dilahirkan pada 11 Ogos 1983 (umur 36 tahun), di Melbourne, Australia.


4. Drax The Destroyer


Chris Hemsworth ialah seorang pelakon Australia. Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Kim Hyde dalam siri TV Australia, Home and Away dan sebagai Thor dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe, Thor, The Avengers, Thor: The Dark World dan Avengers: Age of Ultron. Lahir: 11 Ogos 1983 (umur 36 tahun), Melbourne, Australia.


5. Gamora


Nama sebenar beliau adalah  Zoë Yadira Saldaña-Perego, seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau mulai dikenali di sebuah rancangan TV pertama pada 1999 menerusi episod Law & Order. Kerjaya filemnya bermula pada setahun kemudian menerusi filem Center Stage. Beliau dilahrikan pada 19 Jun 1978 (umur 41 tahun), di Passaic, New Jersey, Amerika Syarikat.


6. Valkyrie


Nama sebenarnya Tessa Lynne Thompson, seorang pelakon dan penyanyi di USA. Peranannya dalam sebuah filem iaitu Tina Mabry, dan Mississippi Damned membuat beliau mulai dikenali. Beliau lahir pada 3 Oktober 1983 (umur 36 tahun), di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.


7. Black Panther


Namanya Chadwick Aaron Boseman, seorang pelakon Amerika yang terkenal, bermula dengan filem Jackie Robinson 42, James Brown , Get Up Up, danThurgood Marshall. Beliau lahir pada 29 November 1977 (umur 42 tahun), di Anderson, Carolina Selatan, Amerika Syarikat.


8. Wanda Maximoff

Nama sebenarnya Elizabeth Chase "Lizzie" Olsen, seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau mulai dikenali dalam filem Silent House, Liberal Arts, Godzilla dan Avengers: Age of Ultron. Beliau lahir pada 16 Februari 1989 (umur 31 tahun), di Sherman Oaks, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.


9. Doctor Strange


Namanya sangat panjang Benedict Timothy Carlton Cumberbatch, seorang pelakon dan penerbit filem Inggeris. Beliau terkenal dengan pelbagai filem antaranya, Amazing Grace sebagai William Pitt the Younger, Star Trek Into Darkness sebagai Khan, dan Avengers sebagai Doctor Strange. Lahir pada 19 Julai 1976 (umur 43 tahun), di Hospital Queen Charlotte's and Chelsea , London, United Kingdom.


10. Star Lord


Namanya Chris Pratt ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Lahir pada 21 Jun 1979 (umur 40 tahun), diVirginia, Minnesota, Amerika Syarikat.


11. Iron man


Siapa tak kenal dia adalah Robert John Downey Jr, seorang pelakon lelaki Amerika. Kerjaya beliau sebagai pelakon yang popular di usia mudanya. Namun ketika muda, dia mempunyai masalah terutamanya penyalahgunaan dadah dan masalah undang-undang yang lain. Tetapi kini kembali bangkit dengan kejayaan dalam usia pertengahan. Lahirkan pada 4 April 1965 (umur 55 tahun), di Manhattan, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat


12. Vision


Beliau bernama Paul Bettany, seorang pelakon Inggeris. Beliau mula terkenal selepas muncul dalam filem British, Gangster No. 1 dan A Knight's Tale. Beliau kemudiannya muncul dalam pelbagai filem termasuk A Beautiful Mind, Master and Commander dan banyak lagi. Lahir pada 27 Mei 1971 (umur 48 tahun), di Shepherd's Bush, London, United Kingdom


13. Captain America


Adiwira terkenal iaitu Christopher Robert Evans atau Chris Evans, seorang pelakon dan pembikin filem Amerika Syarikat. Evans terkenal dengan peranan adiwira dalam watak Marvel Comics Captain America dan Fantastic Four pada 2007. Lahir pada 13 Jun 1981 (umur 38 tahun), di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat


14. Clint Barton


Namnya Jeremy Renner, seorang pelakon Amerika Syarikat dan penyanyi. Sepanjang tahun 2000, Renner mengambil sebahagian peranan besarnya dalam filemseperti Dahmer dan Neo Ned. Dia juga muncul dalam peranan pelakon sokongan dalam filemseperti S.W.A.T. dan 28 Weeks Later. Lahir pada 7 Januari 1971 (umur 49 tahun), di Modesto, California, Amerika Syarikat.


15. Black Window


 Nama wanita ini adalah Scarlett Johansson, seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Amerika Syarikat. Beliau mulai berlaku dalam filem North pada tahun 1994. Dilahirkan pada 22 November 1984 (umur 35 tahun), di Manhattan, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat


16. Thanos

Penjahat paling best iaitu Joshua James Brolin, seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Filem pertama yang dibintanginya ialah The Goonies pada 1985. Lahir pada 12 Februari 1968 (umur 52 tahun), di Santa Monica, California, Amerika Syarikat.


17. Hulk

Mark Alan Ruffalo adalah seorang pelakon, penerbit filem, dan aktivis Amerika. Dilahirkan pada 22 November 1967 (umur 52 tahun), di Kenosha, Wisconsin, Amerika Syarikat.




Cancel

Terima Kasih atas comment anda