-->

Hasil Lukisan Menggunakan Kaki (6 Gambar)


Walau pun keadaan fizikal seseorang itu terbatas, ianya tidak dapat menghalangnya daripada apa yang dia inginkan.  Inilah lukisan yang dihaslikan oleh seorang gadis yang berasal dari Iran, beliau dikenali sebagai  Fatemeh Hamami.


Fatemeh sangat suka dengan bintang bola sepak dunia, iaitu Christiano Ronaldo dan Lionel Mesi. Dan hasil lukisan beliau sangat menakjubkan, bukan senang melukis dengan menggunakan kaki.

Sebagai seniman, Fatemeh sering mengurus dan mempamerkan hasil karya seninya kepada orang ramai.  Fatemeh sentiasa cuba menghasilkan karya seni yang lebih berkualiti dan luar biasa, ini bertujuan agar lukisannya akan mampu memberi inspirasi kepada orang ramai dan sekali gun memperkenalkan negaranya ke seluruh dunia.



Fatemeh membuat keseluruhan lukisan dengan kedua kakinya kerana tangannya lumpuh. Fatemeh dianugerahkan anugerah Artis Kemanusiaan dari World Citizens Organisation (WCO). Malah Presiden WCO Young Hoon Kwaak, meluangkan masa melawat Fatemeh di rumahnya di Iran.

Gambar di bawah adalah hasil lukisan Fatemeh Hamami dengan hanya menggunakan kakinya. Terdapat banyak lagi gambar hasil dari Fatemeh, anda hanya perlu mengikuti perkembangan Fatemeh di laman Instagram beliau yang dikenali sebagai fateme.hamami.







2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda