-->

Gambar Spongebob Yang Wow (8 Gambar)

 

Gambar Spongebob yang wow ini adalah gambar 3D yang kelihatan menarik dan unik. Gambar Spongebob ini dihasilkan oleh seorang artis dari Autralia dikenai sebagai Wil Hughes. Bukan hanya gambar Spongebob sahaja malah rakan-rakan spongebob seperti Patrick Star, Squidward Tentacles, Plankton, Mr. Krabs dan Gary.



Untuk pengetahuan anda, gambar 3D ini juga dikenali sebagai ZBrush. ZBrush adalah alat patung digital model 3D yang dilukis dan ditekstur menggunakan alat teknologi "Pixol". Tak ramai yang mempelajari ZBrush ini, cuma bila mereka yang mahir menggunakan kaedah ini maka rekaan mereka lebih kelihatan menarik seperti mana Wil Hughes. Nampak real...


Spongebob atau SpongeBob SquarePants adalah siri animasi Amerika Syarikat yang dicipta oleh Stephen Hillenburg untuk Nickelodeon. Siri animasi ini mengisahkan pengembaraan dan usaha rakan sekampung mengatasi masalah yang mereka hadapi. 


Tayangan rasmi bagi SpongeBob pada 17 Julai 1999 yang disiarkan oleh Nickelodeo. SpongeBob SquarePants mulai popular pada musim kedua, apabila siri animasi ini menerima pelbagai pujian dan kritikan dari seluruh dunia. 


The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water, kos membuat filem ini 72 Juta USD


Tentu anda pernah melihat filem The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water, ia adalah sebuah filem mengenai pengembaraan Spongebob bersama rakan-rakannya yang keluar dari air. Filem ini telah mengutip sebanyak 325 juta USD sepanjang tayangannya pada tahun 2015. Dan pada Julai 2020,  The SpongeBob Movie: Sponge on the Run telah ditayangkan di seluruh dunia, dan hasil kutipan filem ini semakin menurun, mungkin akibat pendemik Covdi 19 di seluruh dunia. 


The SpongeBob Movie: Sponge on the Run, di akhir post ini terdapat Clip Video yang menarik untuk anda.


Ok, berbalik dengan gambar Spongebob yang wow oleh Wil Hughe, terdapat banyak lagi gambar yang menarik yang dihasilkan oleh beliau. Sekiranya anda berminat dengan karya 3D ini, anda boleh mengikuti beliau di laman instagramnya iaitu @wilhughes3d.


1. Gambar Spongebob Yang Wow " Watak Animasi SpongeBob "



Watak utama dalam kartun ini yang berbentuk span berwarna kuning. Spongebob tinggal di dalam rumah berbentuk nanas di dalam laut. Dia juga membela seekor siput yang bernama Gary. Merupakan tukang masak di Krusty Krab yang terkenal dengan burger Krabby Patty.


2. Gambar Spongebob Yang Wow " Watak Animasi Patrick Star "



Rakan baik Spongebob yang berbentuk tapak sulaiman. Patrick tinggal di bawah batu. Patrick Star dilahirkan pada 26 Februri 1986. Patrick merupakan haiwan paling lembap di Bikini Bottom.Patrick tinggal di bawah batu yang beralamat di 120 Conch Street, selang dua rumah dari rumah Spongebob Squarepants dan bersebelahan rumah Squidward Tentacles.


Mungkin Anda Berminat Dengan : Gambar Among Us Yang Menarik (20 Gambar)


3. Gambar Spongebob Yang Wow " Watak Animasi Gary "




Seekor siput peliharaan Spongebob. Berbunyi seperti kucing dan merupakan siput yang bijak. Siput ini juga tidak menyukai Squidward.


4. Gambar Spongebob Yang Wow " Watak Animasi  Squidward Tentacle  "



Seekor sotong yang tinggal di dalam moai Pulau Easter. Amat benci pada Spongebob dan Patrick yang suka mengganggunya. Dia mempunyai seorang rakan yang juga seekor sotong bernama Squilliam. Merupakan penjaga kaunter di Krusty Krab yang malas.


5. Gambar Spongebob Yang Wow " Watak Animasi Mr. Krabs  "




Eugene H. Krabs, umumnya dikenali sebagai Mr. Krabs, ialah watak fiksyen dalam siri animasi televisyen Amerika, SpongeBob SquarePants. Watak ini disuarai oleh pelakon Clancy Brown dan muncul buat pertama kali siri episod Help Wanted pada 1 Mei 1999.Beliau seorang pemilik restoran Krusty Krab yang hanya memikirkan soal wang (dia dikatakan sangat tamak dan kedekut akan wang). Spongebob dan Squidward pernah bekerja di restoran ini.


6. Gambar Spongebob Yang Wow " Watak Animasi  Plankton "



Nama penuh beliau adalah Sheldon J. Plankton, seorang pemilik restoran Chum Bucket. Plankton menjadi pesaing kedai restoran Krabby Patty. 








Cancel

Terima Kasih atas comment anda