-->

Koleksi Gambar Tayar Yang Bermasalah (16 Gambar)

 

Ini adalah koleksi gambar tayar yang bermasalah, masalah dari segi bunga tayar, tayar pancit, tayar botak dan banyak lagi. Mungkin anda tidak pernah mengalami masalah tayar seperti ini, namun anda perlu mengambil berat tentang keadaan tayar kereta anda. Lihat seperti gambar di bawah ini....



Seram bila tengok keadaan tayar macam ini, tapi tayar ini masih boleh diselamatkan.  Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 cara untuk membaiki tayar yang pancit. Iaitu cara dengan menampal atau menyumbat.


Sumber Gambar

Cara menampal tayar adalah dengan menggunakan "plaster' atau penampal tayar. Pelekat ini akan di lekatkan dibahagian dalam tayar  seperti gambar di atas. Ianya adalah cara terbaik untuk mengekalkan kualit tayar anda. 


Walau pun begitu, cara menampal tayar ini sangat rumit, kerana anda perlu membuka atau mencabut tayar daripada rim, manakala kosnya pula sangat tinggi, lebih kurang RM 30. Berbeza pula dengan cara menyumbat tayar yang pancit. 


Sumber Gambar

Penyumbat tayar ini mempunyai jalur kulit dan diselaputu dengan getah merah yang melekit. Penyumbat tayar ini akan dimasukkan ke dalam lubang tayar yang pancit dan ia akan menutupi lubang tersebut. Cara ini sangat mudah dan anda tidak memerlukan masa yang lama malah kosnya sangat murah lebih kurang RM5-10 sahaja.


Gambar di bawah ini adalah koleksi gambar tayar yang bermasalah, harap perkara seperti ini tidak berlaku pada anda.


















Cancel

Terima Kasih atas comment anda