Gambar Jambatan Baltimore Di Letupkan

 



Pada Isnin lepas, penduduk Baltimore di Amerika Syarikat dikejutkan dengan letupan yang terkawal di Jambatan Francis Scott Key. Letupan itu bukan untuk tujuan jahat, tetapi untuk membantu memulihkan jambatan yang runtuh sebelum ini.


Pada bulan Mac, satu kejadian yang mengejutkan berlaku apabila sebuah kapal kontena melanggar jambatan tersebut. Akibatnya, sebahagian daripada jambatan runtuh dan satu kapal terperangkap di bawahnya. Situasi ini bukan sahaja mengganggu aktiviti di pelabuhan, tetapi juga menyukarkan kehidupan harian penduduk tempatan.


Oleh itu, pakar-pakar dari Amerika Syarikat telah merancang untuk menjalankan letupan terkawal. Letupan ini bertujuan untuk memecahkan bahagian jambatan yang tersisa kepada bahagian kecil supaya pekerja boleh dengan mudah menarik keluar besi yang bengkok akibat kemalangan tersebut.


Di bawah ini gambar jambatan Baltimore di letupkan, diharapkan usaha ini akan membawa pulih laluan dan kehidupan harian penduduk setempat dengan segera. Semoga segala urusan berjalan lancar dan selamat untuk semua pihak yang terlibat.-sumber


Selepas letupan ini dibuat, tugas seterusnya ialah untuk mengalihkan kapal yang terperangkap di bawah runtuhan jambatan. Selepas itu, jambatan akan diperbaiki untuk memastikan laluan ke pelabuhan dapat dipulihkan sepenuhnya.
















Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post