Minuman Kopi Campur Daun Bawang Trend Terbaru Di China

Kalau korang pencinta kopi, ini lah dia trend terbaru yang sedang melanda di negara China - kopi daun bawang atau "Scallion Latte". Minuman ini telah menjadi viral dan menjadi topik perbualan hangat di media sosial. Nak tahu cara buatnya? Nak videonya?? 



Apa Itu Kopi Daun Bawang?

Kopi daun bawang adalah minuman kopi yang dihasilkan dengan mencampurkan daun bawang hijau. Kedengaran pelik, kan? Tapi inilah cara penyediaannya:

1. Mula-mula, tumbuk beberapa daun bawang hijau dalam cawan.

2. Tambahkan ais, susu, dan kopi.

3. Akhir sekali, taburkan lagi daun bawang hijau cincang di atasnya.

Dan voilĂ , korang berjaya buat Kopi Daun Bawang yang trending di China!

Minuman ini mula mendapat perhatian setelah beberapa media Asia membuat liputan mengenainya. Di media sosial, terutamanya di TikTok dan Instagram, hashtag #springonionlatte telah menghasilkan puluhan gambar dan video yang menunjukkan keunikan minuman ini. Populariti kopi daun bawang telah meningkat dengan pantas, dan ia kini boleh didapati di banyak kedai kopi di negara China.

Kopi daun bawang adalah sebahagian daripada trend 'masakan gelap' atau 'hei an liao li' di China. Masakan gelap merujuk kepada kombinasi makanan dan minuman yang luar biasa dan mencabar selera orang ramai. Sebelum ini, terdapat juga 'kopi ais panas' yang diselitkan cili yang menjadi viral.

Reaksi terhadap kopi daun bawang ini pelbagai. Ada yang rasa pelik dan tak sangka kopi boleh dicampur dengan bawang. Tapi ada juga yang teruja nak cuba, walaupun risau tentang nafas berbau lepas minum. Ada juga yang anggap ini satu cabaran yang menyeronokkan untuk dicuba.

Jika korang suka mencuba benda baru dan tak takut dengan kombinasi rasa yang pelik, Scallion Latte mungkin sesuai untuk korang. Siapa tahu, mungkin korang akan sukakan rasanya yang unik ini. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya korang ada cerita menarik untuk dikongsikan!


sumber


1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. uish..pelik la plak.. MA coffee lover tapi memang x berani nak cuba la kopi yg pelik2 mcm ni....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post