-->

Kereta Baru Lamborghini Terzo Millennio (7 Gambar)



Pengilang Supercar Itali telah menghasilkan Lamborghini terbaru, yang lebih laju, pantas, inovatif yang dikenali sebagai Lamborghini Terzo Millennio.

Konsep Lamborghini Terzo Millennio akan menjadi pengganti Lamborghini Aventador yang tidak menggunakan enjin yang besar, tetapi kereta ini menggunakan enjin motosikal elektrik super capacitor yang berteknologi tinggi.


Lamborghini Terzo Millennio akan ditunjukkan pada orang ramai di Frankfurt Motor Show, dan Lamborghini akan mengeluarkan kereta Terzo Millennio dalam edisi terhad iaitu 63 unit sahaja. Kereta Lamborghini Terzo Millennio dijangka menggunakan enjin hibrid yang akan menggabungkan motor elektrik dengan enjin 6.5 liter V12 dengan dilengkapi sistem all-wheel-drive. 


Motor elektrik di Lamborghini Terzo Millennio lebih mengutamankan menggerakkan roda depan, sementara V12 akan meningkatkan prestasi kereta. Meski belum ada kepastian dari Lamborghini, namun dengan mesin tersebut diperkirakan mampu menghasilkan output hingga 838 hp (625 kW / 850 PS).










Cancel

Terima Kasih atas comment anda