-->

9 Gambar Kereta Recreational Vehicle Model CV1


Siapa berminat berkhemah? sambil berjalan-jalan hanya dalam kereta sahaja. Mungkin masyarakat kita kurang pendedahan mengenai kereta jenis recreational vehicle atau singkatannya RV. 


Untuk pengetahuan anda RV ini bermaksud kenderaan yang memiliki treler yang direka khas menjadi penginapan sementara. Antara kemudahan khas yang ada dalam RV ini ialah tempat masak, ruang untuk mandi dan ruang untuk tidur. Itu yang basic je lah, kalau yang mewah sikit, ada penyaman udara, air panas, tv, komputer dan macam-macam lagi. Pendek kata rumah sementara atau motorhome.


Kalau nak cerita sejarahnya, RV ini bermula pada tahun 1745 menggunakan gerabak yang ditarik oleh kuda, macam cerita hollywood (filem cowboy). Mereka menggunakan gerabak kuda untuk dijadikan tempat tinggal sementara bagi pembukaan pedalaman di benua Amerika Utara. Selepas itu, pada tahun 1920 an, Amerika Syarikat telah menubuhkan kelab perkhemahan RV yang berdaftar di seluruh dunia dan pada tahun 1950 an, kenderaan RV mulai di bina.-sumber

Itulah sedikit sebanyak mengenai RV, dan gambar di bawah ini adalah sebuah kenderaan RV yang dikeluarkan oleh ModVans yang berpangkalan di Ventura, California. Kereta ini dikenali sebagai ModVans Model CV1 yang boleh memuatkan 5 orang dewasa, kereta ini juga mempunyai peralatan tempat tinggal yang selesa dan lengkap. Model CV1 ini berfokuskan jenis RV bajet rendah dan ini adalah model terbaru bagi tahun 2019. -sumber
Kereta Recreational Vehicle Model CV1-Rupa bentuk Model CV1

Kereta Recreational Vehicle Model CV1-kereta jenis auto

Kereta Recreational Vehicle Model CV1-kerusi boleh lipat

 Kereta Recreational Vehicle Model CV1- ruang yang luas


 Kereta Recreational Vehicle Model CV1-pemandangan depan pintu

 Kereta Recreational Vehicle Model CV1-katil mudah alih

 Kereta Recreational Vehicle Model CV1-penambahan katil bahagian atas

Kereta Recreational Vehicle Model CV1-ruang dapur yang simpel

Kereta Recreational Vehicle Model CV1-ruang mandi

Ada banyak lagi gambar mengenai model CV1 sila rujuk di sini