-->

10 Gambar Pemenang Pertandingan World Press Photo 2019


Pemenang bagi pertandingan World Press Photo pada tahun 2019 ialah.......sebelum itu mesti korang tertanya-tanya pertandingan apakah ini? Pertandingan ini dibuat oleh sebuah organisasi bebas dikenali sebagai World Press Photo Foundation. 


Tujuan mereka membuat pertandingan ini adalah untuk menyokong photojournalism profesional antarabangsa dengan melalui World Press Photo Academy. Ia bertujuan untuk merangsang perkembangan dalam jurnalisme foto , berkongsi pengetahuan dan membantu membangunkan piawaian profesional yang lebih tinggi dalam kewartawanan visual.

Terdapat 20 juri yang akan menilai pertandingan ini dan 3 hadiah akan diberi kepada pemenang dalam 8 kategori iaitu

  1. general news
  2. spot news
  3. sports
  4. contemporary issues
  5. daily life
  6. portraits
  7. nature
  8. long-term projects


Hadiah utama akan diberikan kepada gambar yang mewakili isu semasa, keadaan atau peristiwa penting, dan menunjukkan tahap persepsi visual yang luar biasa serta kreativiti. 

Selepas mengumpul lebih daripada 78,000 gambar daripada lebih 4,700 jurugambar, hakim pakar Pertandingan World Press Photo 2019 ini telah mengumumkan finalis bagi pertandingan tersebut. 

Para panelis telah memilih 43 jurugambar dari 23 negara yang terbaik dalam pertandingan ini.Gambar di bawah ini adalah antara panelis yang terpilih dalam pertandingan Worl Press Photo bagi tahun 2019.-sumber


Girl Crying on the Sorder" © John Moore, Getty Images Keluarga imigran sedang melarikan diri dan ditahan oleh pihak berkuasa



"Almajiri Boy" © Marco Gualazzini, Contrasto 
Seorang budak yatim sedang berjalan melalui tembok dengan lukisan bom roket, di Bol, Chad.



© Chris McGrath, Getty Images 
Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba menghalang wartawan pada 15 Oktober, ketika penyiasat mengenai kehilangan wartawan Jamal Khashoggi di Konsulat Arab Saudi Istanbul, Turki.


Mangsa Rawatan Serangan Gas di Ghouta Timur" © Mohammed Badra, Agensi Pressphoto Eropah. serangan gas di kampung al-Shifunieh, pada 25 Februari 2018



"Kaunter Migran" © Pieter Ten Hoopen, Agensi Vu / Akta Sipil. Pelarian Amerikah Tengah lebih 7,000 pelancong menyeratinya termasuk 2,300 kanak-kanak, menurut agensi-agensi PBB. Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 30 km sehari, dan pada suhu melebihi 30 ℃



"The Caravan Migrant" © Pieter Ten Hoopen, Agence Vu / Akta Awam 
Seorang bapa bersama anaknya tidur kepenatan selepas berjalan kaki dari tempat yang jauh di, Juchitán, pada 30 Oktober 2018.


The Lake Chad Crisis" © Marco Gualazzini, Contrasto 
Ababakar Mbomi, seorang aktivis anti-Jihad di Melea, Chad, ditembak 11 kali ketika Boko Haram cuba menculik isterinya pada tahun 2014.



"Krisis Yaman" © Lorenzo Tugnoli, Contrasto, untuk The Washington Post. Selepas hampir empat tahun konflik di Yaman, sekurang-kurangnya 8.4 juta orang kebuluran dan 22 juta orang atau 75% penduduk-memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut PBB.



Fesyen Dakar" © Finbarr O'Reilly 
Dakar merupakan fesyen Franco-Afrika yang semakin berkembang, dan ini adalah merupakan rumah kepada Fashion Africa TV



©Mário Cruz 
Seorang kanak-kanak tengah mengumpul bahan kitar semula dan tertidur di atas tilam yang dikelilingi oleh sampah sarap yang terapung di Sungai Pasig, Manila, Filipina.