-->

8 Gambar Kumbang Terbesar Di Dunia




Kumbang adalah sejenis serangga yang paling banyak dalam dunia haiwan. Terdapat pelbagai jenis serangga dan menurut sainstis lebih kurang lebih dari 1 juta spesies serangga yang ada di dunia. Dan anggaran ini tidak lah tepat oleh kerana mereka sentiasa menjumpai spesies serangga baru.

Untuk mengenali spesies kumbang, adalah kumbang mempunyi sayap yang tebal dan keras bagi melindungi sayap yang nipis bahagian bawah sayapnya. Manakala mulut kumbang amat keras untuk digunakan mengigit, mengerat atau pun mengunyah makanan.-sumber

Gambar di bawah ini adalah antara spesies kumbang yang paling besar ditemui.

Kumbang ini dikenali sebagai Macrodontia cervicornis. Kepanjangan kumbang ini lebih kurang 17 cm. Antara kelainan kumbang ini ianya mempunayi rahang bawah yang berukuran sangat besar dan berbentuk sepasang sepit yang melekat di mulutnya. Serangga ini biasanya hidup di hutan-hutan tropis di Kolombia, Ekuador, Peru, Bolivia, Guyana dan Brasil.




Kumbang di bawah ini dikenali sebagai kumbang Hercules (hercules Dynastes) atau ( Hercules Beetle =Rhinocheros Beetle) ia merupakan salah satu spesies dari kumbang badak yang paling terkenal dan terbesar. Kumbang Hercules berasal dari hutan di Amerika Selatan.
Panjang kumbang hercules jantan boleh mencapai 6,5 - 17cm dan merupakan yang terbesar dari 6 spesies yang ada di genus Dynastes. Kumbang Hercules yang merupakan salah satu spesies kumbang disukai oleh orang ramai dan mudah untuk dipelihara. kumbang ini juga merupakan salah satu kumbang yang paling kuat di dunia kerana dia mampu membawa beban 850 kali lebih berat dari dirinya sendiri.


Kumbang di bawah ini dikenali sebagai
Titanus giganteus dan ia adalah salah satu kumbang terbesar di dunia dengan ukuran sepanjang 16.7 cm (6.6 inci) dan hampir sama dengan kumbang Hercules.


Beza dengan kumbang Hercules ialah kumbang Hercules mempunyai tanduk yang besar dan panjang, manakala kumbang titanus memiliki badan yang panjang. Oleh itu, badan kumbang Titan jauh lebih besar daripada kumbang Hercules.