6 Gambar Perkhimatan Robot Photographer Di UK


Di negara kita ini mungkin belum ada lagi perkhimatan robot sebagai photographer. Tetapi perkhimatan ini telah pun dibuat di luar negara seperti United Kingdom.

Baru-baru ini di UK telah berlangsung sebuah majlis perkahwinan yang menampilkan perkhimatan Robot Photographer dikenali sebagai Eva photography robot. Pada mulanya robot ini dicipta untuk menyambut tetamu, dan kini perkhimatannya bertambah dengan memberi peluang kepada tetamu untuk mengambil gambar mereka.

Pertama robot ini akan mengenail pasti wajah tetamu di majlis tersebut dan kemudian dia akan bertanya mereka sama ada ingin mengambil gambar atau tidak. Sebaik sahaja mereka bersetuju, robot ini akan mengambil gambar mereka dan mencetaknya serta merta atau dimuat naik ke media sosial. Menarik bukan...

Robot Eva direka bukanlah untuk mengganti jurugambar profesional, ianya hanyalah fesyen teknologi untuk menarik perhatian para tetamu. Gambar di bawah ini menunjukkan keadaan semasa majlis perkahwinan bersama Eva photography robot di UK.-Sumber