30 May 2019

7 Gambar Bergaya Dengan Baju Berharga RM1

Inilah hasil rajin memilih barangan terutamanya pakaian, dengan harga pakaian RM1 sehelai boleh kelihatan mahal dan cukup bergaya. Beliau dikenali sebagai Naim Azhar berusia 26, seorang usahawan tempatan dan juga kaki bundle. Beliau sebenarnya tidak kisah dengan pakaian yang murah kerana sudah terbiasa dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan suatu ketika dahulu.

Menurut beliau cara pembawakan diri seseorang menjadi elemen penting untuk menterjemahkan ekspresi mewah dalam pakaian walaupun ia sebenarnya dibeli pada harga murah.

Beliau rajin melihat pakaian-pakaian baru di kedai-kedai bundle, dengan cara ini Naim berupaya mendapatkan pakaian berjenama mewah antarabangsa pada harga yang cukup murah.

Malah, dia pernah membeli trench coat berjenama Yves Saint Laurent (YSL), Burberry dan Dolce & Gabbana pada harga RM1 sahaja. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan barang-barang di kedai bundle adalah branded dan ianya dibawa dari luar negara.

Beliau perna mendapat satu jaket Burberry yang di beli dengan harga RM1, dan apabila dia memeriksa harga untuk yang baharu  sekitar RM5,000.

Menurut Naim, kesabaran menjadi kunci utama sewaktu mencari pakaian terpakai dan dia kadang-kala menghabiskan sekitar dua hingga tiga jam setiap kali berkunjung ke kedai bundle.-sumber

Gambar di bawah adalah hasil pakaian bundle yang beliau pilih, menarik bukan tapi ingat kena rajin memilih.







1 komentar

wahhhh mmg menarik, tak nampak mcm baju bundle pun

Terima Kasih atas comment anda
EmoticonEmoticon