-->

5 Gambar Pulau Yang Sangat Berbahaya Untuk Dikujungi




Di dunia ini terdapat begitu banyak destinasi pelancongan yang cantik seperti pulau-pulau yang menjanjikan panorama yang indah dan suasana yang selesa untuk bercuti. Sebagai contoh, di negara kita terdapat Pulau Redang di Terengganu, Pulau Pemanggil di Johor,Pulau Labuan,Pulau Mataking di Sabah,  Pulau Tioman di Pahang dan banyak lagi.

Tetapi adakah anda tahu, terdapat di dunia ini pulau-pulau yang sangat berbahaya untuk dikunjungi? Walaupun sebenarnya pulau-pulau ini sesuai untuk percutian dengan pemandangan laut yang menarik untuk dinikmati.

Pulau-pulau yang dianggap berbahaya adalah disebabkan oleh keadaan alam semula jadi yang buruk dan kesan tingkah laku manusia yang sengaja atau tidak sengaja telah merosakkan alam semula jadi di tempat-tempat ini. Selain itu terdapat juga haiwan liar yang menakutkan di sesetengah pulau tersebut. Gambar di bawah adalah senarai pulau yang sangat berbahaya untuk dikunjungi.





The Great Pacific Garbage Patch dikenali sebagai pulau sampah 
oleh kerana terlalu banyak sisa sampah yang dibuang di pulau ini. Selain itu pulau ini juga dipanggil pemusnah terbesar haiwan laut di dunia, kerana terdapat terlalu banyak bahan toksik yang mencemari air laut dan penduduknya.


Pulau Gruinard adalah pulau yang berbentuk bujur dan telah lama dikenali sebagai salah satu pulau paling berbahaya di dunia. Pulau ini pernah di bawah kuasa kerajaan British kerana percubaan alat peperangan biologi mereka. Gruinard masih dilarang daripada dilawati oleh para pelacong kerana pulau tersebut masih mengandungi tanda anthrax hingga sekarang.



Pulau Reunion terletak di kawasan kira-kira 150 kilometer dari Mauritius, Lautan Hindi. Apa yang sangat berbahaya mengenai pulau ini? Sebenarnya di sekitar pulau ini terdapat banyak jerung yang ganas dan berbahaya bagi pengunjung. Aktiviti berenang untuk para pelancong telah diharamkan sejak tahun 2013 lagi. Akibat terlalu banyak kes serangan ikan jerung di pulau ini.



Pulau Saba adalah sebuah pulau yang tidak bernasib baik kerana ia sangat dekat dengan pusat ribut. Pulau ini sering dilanda ribut daripada pulau-pulau lain selama lebih dari 100 tahun.

Kerana bencana alam, Saba dikatakan menjadi lokasi utama bagi pelindung penjahat, yaitu penyelundup dan lanun. Pulau ini juga dikatakan telah kehilangan banyak pokok akibat serangan taufan.



Enewetak Atoll adalah pulau karang terbesar dengan keluasan tanah 5.85 kilometer persegi. Untuk menjalankan 43 ujian nuklear, kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah membina struktur kubah yang terbesar untuk menampung bahan radioaktif.


Tetapi kerana kesan bahan radioaktif ini memusnahkan alam semulajadi, kerajaan AS telah bertanggungjawab untuk memindahkan lebih daripada 800 orang dari Enewetak. Untuk pengetahuan anda dianggarkan bahawa dalam tempoh 10 tahun akan datang tidak ada lagi habitat di pulau ini. Ini bermakna bahawa pulau ini sangat berbahaya untuk dikunjungi, terutamanya untuk menduduki.

sumber