-->

6 Gambar Kempen Unik Ikan Paus Yang Diperbuat Dari Kertas



Kempen unik oleh pertubuhan yang dikenali sebagai Greenpeace, Greenpeace ialah pertubuhan bukan kerajaan dengan pejabat di lebih daripada 39 buah negara dan dengan badan penyelaras antarabangsa di Amsterdam, Belanda. Greenpeace diasaskan oleh Irving dan Dorothy Stowe, aktivis alam sekitar Kanada dan Amerika Syarikat pada tahun 1971.-sumber


Ikan Paus besar yang diperbuat daripada kertas telah dibina dan dipamerkan kepada masyarakat awam bagi meningkatkan kesedaran tentang pencemaran sisa plastik terutamanya yang berada di lautan.




Menurut aktivis Greenpeace tempatan, kami mengharapkan kerajaan Hungary dapat mengharamkan beg plastik sekali pakai di seluruh kedai di Hungary - seperti yang berlaku di negara jiran Austria dan Romania.



Untuk pengetahuan anda Laut Mediterranean adalah salah satu destinasi percutian yang paling dikunjungi oleh masyarakat Hungaria setiap musim panas, tetapi malangnya para pelancong yang tiba di kawasan laut pasti terjumpa plastik sampah. Menurut WWF, hampir 570 ribu ton sampah akan memasuki laut setiap tahun.

Sumber