-->

6 Gambar Ibu Bapa Memeluk Islam Sebab Sikap Anak Berubah


Sikap anak yang berubah menjadi seorang muslim yang baik setelah memeluk Islam pada tahun 2013, menjadi penyebab ibu bapanya memeluk agama Islam. Kisah ini menjadi tular di laman sosial baru-baru ini membuatkan ramai orang berasa kagum dengan sikap anaknya.


Bapanya yang dikenali sebagai Michael Choo Hock Eng  berusia 69 tahun, dan isterinya Verginia Pacolba Gaco Choo berusia 61 tahun. Telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas solat Jumaat di Majlis Agama Islam Selangor (Mais), pada 2 Ogos yang lalu.

Anak kepada pasangan itu, Vincent Choo yang memeluk Islam pada 2013 memberitahu tidak dapat menahan air mata saat ibu bapanya 'dilahirkan' semula sebagai seorang Muslim. Terlebih dahulu yang memeluk Islam pada tahun 2011 kakak Vincent yang dikenali sebagai Mitchelle Nur Alya yang berusia 28 tahun.


Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika mereka melafazkan dua kalimah syahadah namun yang pasti saya sangat lega kerana ibu bapa akhirnya terbuka hati menerima Islam.

Menurut Vincent, selepas memeluk Islam pada usia 17 tahun dia sentiasa berusaha melakukan dakwah kepada ibu bapanya dengan menunjukkan akhlak dan tauladan yang baik.

Walaupun pada awalnya mereka menentang keputusannya menukar agama, namun dia tidak pernah sesekali cuba menjauhkan diri malah memastikan hubungan mereka bertambah akrab selepas penghijrahannya itu.


Semasa saya beritahu mahu memeluk Islam, mereka tidak bersetuju malah saya mengambil masa setahun untuk menyakinkan mereka memandangkan saya perlukan kebenaran mereka kerana masih di bawah umur ketika itu.

Semasa di rumah saya akan solat dan mengaji di ruang tamu agar mereka dapat lihat dan lama-lama mereka menunjukkan minat serta banyak bertanya tentang Islam.

Perubahan sikap ibu bapanya juga ketara apabila kakaknya membawa ibu bapanya mendengar ceramah yang disampaikan oleh tabligh dari China bagi memahami lebih tentang Islam.

Sejak itu mereka sering bercakap tentang Islam sehinggalah pada minggu lalu ibunya memberitahu ingin 'bersama' anak-anaknya.

Pada mulanya saya tidak faham tetapi pada suatu hari ketika hendak pergi kerja mereka menyatakan kesungguhan untuk memeluk Islam dan bertanya bila mereka boleh berbuat demikian?

Menurut Vincent juga meskipun tanggungjawabnya kini besar namun dia bersyukur dan teruja apabila dapat belajar dan melakukan aktiviti keagamaan dengan mereka.


Bercerita tentang penghijrahannya, 

Vincent yang pernah beragama Buddha dan Kristian berkata, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk menukar pegangannya kepada agama Islam. Bagaimanapun katanya, sejak dia di bangku sekolah lagi, dia sentiasa mencari 'dirinya' sehinggakan lebih tertarik untuk menyertai kelas Pendidikan Islam berbanding Pendidikan Moral ketika di sekolah. 

Saya selalu kata pada diri sendiri, bila agaknya dapat jadi macam mereka. "Jujurnya, rakan-rakan di sekolah banyak beri tunjuk ajar dan bercerita tentang Islam yang membuatkan saya lebih tertarik untuk bergelar seorang Muslim," katanya.

sumber, Facebook

Cancel

Terima Kasih atas comment anda