-->

Video Raksasa Di China Berjaya Di Rakam

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video yang menunjukkan satu objek yang menyerupai raksasa yang sedang bergerak. Rakaman ini diambil di kawasan sungai Yangtze, bandar Chinzhou, timur China.

Ramai mendakwa ia mungkin raksasa manakala beberapa individu mengesyaki objek itu mungkin serpihan. Namun penemuan objek misteri itu kini muncul dari sudut berbeza.

Seperti video asal, rakaman terbaharu itu menunjukkan objek panjang bergerak melawan arus air sungai. Pakar Akademi Sains China (CAS) berkata orang ramai mungkin melihat sebuah skrin nilon yang besar.

Pada 14 September lalu, penyelidik CAS Ding Li yang berkhidmat bersama Institut Biologi Chengdu memberitahu media tempatan bahawa raksasa 'sungai' itu bukan daripada spesies ikan atau pun ular.

Sebaliknya dia berpendapat ia adalah objek terapung seperti perangkap plastik. -sumber