-->

Istiadat Yang Pelik Di Dunia (5 Gambar)


Banyak istiadat yang pelik di dunia kita ini, dengan kepelbagaian budaya dan tradisi memyebabkan kita berbeza antara satu sama yang lain, walau kita ini satu spesies iaitu manusia.

Untuk pengetahuan anda beberapa istilah mengenai istiada , pertama istiada adalah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan atau resam. Dan kedua bermaksud majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa atau upacara.

Manakala budaya pula adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Tradisi pula sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan) yang kekal turun-temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan dan sebati dengan masyarakat.

Budaya, istiada dan tradisi berkait rapat antara satu sama yang lain.  Sekirannya anda pernah melancong ke luar negara, anda pasti dapat melihat perbezaannya. Di bawah adalah antara perbezaan budaya, istiada atau tradisi mereka.


1. Meludah sebagai simbol penghormatan




Siapa suka di ludah? meludah biasanya dianggap sebagai penghinaan, tetapi berbeza dengan masyarkat di Maasai di Kenya. Seperti yang ditulis dalam jurnal kebudayaan Afrika, Face 2 Face Africa , meludah adalah kaedah yang digunakan oleh orang Maasai Kenya untuk menghormati antara satu sama lain.


2. Lambat Datang



Tentu anda tertanya tanya, adakah lambat datang menjadi budaya?  menepati masa adalah sangat penting terutamannya bagi individu atau kumpula yang telah membuat perjanjian. Namun kes ini berbeza dengan masyarakat di Venezuela. Masyarakat Venezuela mempunyai tabiat yang sangat santai. Menurut laporkan dari laman Pemantau CS,  kebanyakan rakyat Venezuela akan menghadiri acara penting sekurang-kurangnya lewat 1 atau 2 jam dari jadual yang telah ditetapkan, dan itu adalah perkara biasa. Bagi mereka ia adalah tradisi yang tidak perlu disoal.


3. Anak Dara Tua Dibaling Rempah



Sekiranya anda berumur 25 tahun ke atas dan anda tidak berkahwin, maka anda akan menerima hukuman dan kes ini berlaku di Denmark. Tradisi membuang rempah ini telah dilakukan sejak zaman purba lagi di Denmark.

Sekiranya seseorang itu masih bujang pada usia matang (lingkungan 25 tahun ke atas), rakannya akan membuang pelbagai jenis rempah contohnya serbuk kayu manis pada badan mereka, dan ini akan berlaku semasa  menyambut ulang tahun mereka. Jadi sila berhati-hati semasa berada di Denmark ye!


4. Tradisi Unik Pasangan 



Di Jerman terdapat tradisi unik yang dikenali sebagai Polterabend, ia merupakan tradisi memecahkan barang untuk pasangan yang ingin berkahwin. Selepas pasangan memecahkan barang tersebut, mereka terpaksa membersihkannya bersama-sama.

Kaedah atau tradisi ini menjadi simbol kebersamaan yang mesti dipelihara oleh pasang suami dan isteri untuk selama-lamanya.



5. Tradisi Menyakitkan Digigi Semut



Adakah anda tahu Bullet ant? Semut ini adalah salah satu spesies semut yang gigitannya sangat menyakitkan. Di Satere Mawe, Brazil, semut ini digunakan sebagai upacara yang menunjukkan seorang itu sudah dewasa. 

Cara menjalani upacara ini adalah di mana kedua-dua tangan individu tersebut akan dibungkus sarung tangan yang telah diisi dengan ratusan semut peluru (Bullet ant). Individu tersebut akan cuba menahan kesakitan bagi membukitkan individu sudah dewasa.