-->

Kisah Inspirasi Derma Buah Pinggang (6 Gambar)



Kisah inspirasi ini berlaku di negara Amerika Syarikat, California. Seorang wanita mengalami kegagalan buah pinggang telah menemui oragan penganti melalui kekasihnya yang baru dia kenal di aplikasi iaitu Tinder. 



Untuk pengetahuan anda aplikasi Tinder ini adalah aplikasi mencari rakan sosial berdasarkan lokasi. Anda boleh memilih pasangan yang anda suka dengan mengerakkan "swiping" sekirannya anda suka atau sebaliknya. Selain itu juga, anda boleh berhubung antara satu sama lain sekiranya kedua-dua pihak saling menyukai.


Wanita ini dikenali sebagai Cheyenne Han Lee dan kekasihnya pula dikenali sebagai Gavin Geragawa. Selepas mengenali antara satu sama lain, mereka kemudian membuat keputusan untuk berjumpa (makan malam). Ketika mereka "dinner" tiba-tiba Cheyenne mengalami kesakitan di bahagian pinggang. Gavin merasa cemas dan terus membawa Cheyenne ke hospital yang berdekatan.

Menurut Cheyenne, dia tidak percaya yang dia mengalami masalah buah pinggang hingga ke tahap ini, sekirannya dia tidak dibawa ke hospital, kemungkinan dia akan matv.


Doktor yang menjaga Cheyenne berkata bahawa gadis berusia 22 tahun itu mengalami kegagalan buah pinggang. Dan dia memerlukan menganti dengan buah pinggang yang baru secepat mungkin.

Tidak disangka-sangka, Gavin yang baru dikenalinya tanpa ragu-ragu bersedia memberikan buah pinggangnya jika ia sesuai dengan buah pinggang Cheyenne. 


Dengan kekuasaan tuhan, buah pinggang Gavin sangat sesuai untuk diberikan kepada Cheyenne. Tindakan Gavin yang tidak disangka-sangka mengejutkan Cheyenne, 

"Saya tidak pernah fikir saya akan menemui Gavin memlalui aplikasi ini dan kini kami bersama di sini, dan dia sanggup memberi saya buah pinggangnya," kata Cheyenne.


Cheyenne dan Gavin kemudian menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Selepas kedua-dua kesihatan dan pemuli, Gavin berkata bahawa dia tidak pernah menyesali melakukannya. Jika ditakdirkan hubungan mereka terputus, dia juga akan tetap gembira dengan keputusannya untuk menyelamatkan nyawa Cheyenne


"Apabila orang bertanya mengapa saya melakukan pekara ini, saya memberitahu mereka ia bukan satu persoalan mengapa, tetapi bagaimana kenapa tidak? Saya rasa saya tidak mempunyai istimewa, saya fikir semua orang boleh melakukan perkara yang sama," kata Gavin.

Sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda