-->

5 Kisah Selebriti Yang Anda Tidak Pernah Tahu


Ini adalah kisah selebriti hollywood yang mungkin anda tidak pernah tahu. Kisah ini berdasarkan latar belakang mereka dalam industri seni di tempat mereka.



1. Nicolas Cage




Nicolas Kim Coppola, atau lebih dikenali sebagai Nicolas Cage, ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan filem Face Off, National Treasure, Ghost Rider dan banyak lagi.


Nicolas Cage pernah dibayar $ 20 juta dollar untuk memegang watak Superman dalam filem Superman Live yang diarahkan oleh pengarah Tim Burton pada tahun 1998. Pengarah ini juga terkenal dengan filemnya Batman pada tahun 1989 yang di lakonkan oleh Michael Keaton.

Nicolas Cage yang tidak sempat menjadi Superman meskipun segala persiapan untuk menjayakan watak 'Man of Steel' itu telah dibuat.

Cage menerima watak adiwira kesukaan ramai itu pada 1997. Ketika itu namanya memuncak menerusi filem-filem aksi 'Con Air' dan 'The Rock'.


Namun, nasib filem Superman Lives tidak berjaya untuk difilemkan. Warner Bros selaku penerbit membuat keputusan mengejut apabila membatalkan projek itu. Bajetnya digunakan untuk menerbitkan filem 'Wild Wild West' lakonan Will Smith.


2. Jim Carrey 



James Eugene atau dikenali sebagai "Jim" Carrey, beliau adalah  seorang pelakon Kanada dan Amerika Syarikat. Beliau sangat popular, antara filem beliau adalah The Mask pada tahun 1994, Dumb and Dumber, Ace Ventura: Pet Detective, dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan anda Jim Carrey adalah orang pertama yang dipilih oleh Disney untuk memainkan watak Kapten Jack Sparrow. Malangnya filem The Curse of The Black Pearl akan mula pengambaran sama masanya dengan filem yang dibintaingi Jim Carrey pada masa itu iaitu Bruce Almighty


3. Jennifer Lawrence 



Jennifer Shrader Lawrence ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat, beliau terkenalan dengan filem The Hunger Games. Menurut Jennifer, dia pernah mengikut audition untuk watak Bella dalam filem Twilight. 


"Saya tidak tahu kenapa pada masa itu saya mengambil uji bakat filem Twilight tetapi sebagai seorang artis, kami mesti diuji dahulu baru diterima berlakon" katanya dalam laporan Daily Mail .

Walaupun kecewa kerana dia tidak watak tersebut, namun Jennifer tetap menyokong filem tersebut yang diarahkan oleh Catherine Hardwicke.


Kejayaan besar dalam empat siri filem Twilight, tidak membuatnya cemburu dengan Kristen Stewart seorang pelakon yang memegang watak Bella . Dia juga mengaku dia bernasib baik kerana tidak mendapat peranan itu.

"Kalau saya mendapat peranan itu, maka nasib saya akan seperti Stewart. Diburu paparazzi ke mana-mana dia pergi."



4. Robert John Downey Jr.



Robert Jr seorang pelokon lelaki yang popular pada masa ini dalam filem Iron Man. Namun begitu, sebelum beliau popular, beliau pernah menjalani kehidupan gelap.


Menurut laporan Drug Abuse, Robert Jr sudah mengenali ganja sejak usianya baru 6 tahun akibat pengaruh yang dibawakan oleh ayahnya, Robert Sr yang juga pengarah filem Cult ketika itu.

Malah, Majalah People 1996 pernah melaporkan bahawa dadah menjadi masalah dalam hubungannya Robert Jr dengan ayahnya.


Bermula daripada masalah ketagihan dadah, beliau kemudian beralih menjadi seorang lelaki pemabuk yang tidak boleh renggang dengan minuman keras.Tidak cukup dengan itu, kedua-dua masalah berkenaan pernah menjadi punca Robert Jr terpaksa meringkuk di dalam penjara pada 1999 selama 3 tahun.


5. Jack Nicholson


Jack Nicholson merupakan seorang pelakon yang dianggap lagenda di hollywood. Terdapat cerita menarik di sebalik asal keturunan beliau. 


Semasa beliau dilahirkan, ibunya June ketika itu berumur 17 tahun. Akibat daripada jarak umur yang dekat, Jack sentiasa menganggap June adalah kakaknya dan menganggap neneknya Ethel Mei (ibu kepada June) adalah ibunya. Kedua-dua ibu dan neneknya tidak pernah memperbetulkan tanggapan ini.

Keadaan ini berlarutan sehingga kedua-dua ibu dan neneknya meninggal dunia. Pada tahun 1974, seorang wartawan Majalah Time telah membuat kajian dan menemui kisah sebenarnya dan memaklumkan penemuannya pada Jack. 

Akhirnya pada umur 37 tahun, barulah beliau tahu bahawa orang yang dianggapnya kakak selama ini sebenarnya adalah merupakan ibunya.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda