-->

Demi Mencari Rezeki Sanggup Berjalan 22 KM (4 Gambar)


Kisah inspirasi kali ini berlaku di Galveston, Texas. Seorang pelayan sebuah restoran makanan sanggup berjalan kaki 22 kilometer setiap hari ke tempat kerjanya. 


Beliau dikenali sebagai Adrianna Edwards, dia sebelum ini berjalan lebih 5 jam setiap hari untuk pergi ke tempat kerjanya dan pulang ke rumahnya semula di Galveston, Texas. Adrianna sememangnya cuba berusaha menyimpan wang untuk membeli kereta.


Kebetulan, sepansang suami isteri yang datang ke restoran itu untuk sarapan pagi  mendapat tahu kisahnya. Mereka terus meninggalkan premis itu sebaik selesai makan, dan tiba-tiba pulang semula membawa sebuah kereta untuk dihadiahkan kepada Adrianna.


Adrianna berkata, pada mulanya dia menyangka pasangan yang enggan dikenal pasti itu bergurau, tetapi sebenarnya mereka bersungguh-sungguh memberi kereta tersebut sebagai hadiah.



Kini Adrianna tidak lagi berjalan kaki 5 jam sehari, beliau sekarang m hanya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke tempat kerja, malah Adrianna boleh menyimpan wang untuk meneruskan pembelajarannya ke kolej.


Menurut Adrianna pasangan itu sungguh baik hati, mereka tidak mahu sebarang bayaran atau pembalasan. Sebaliknya mereka cuma mahu saya juga berbuat baik kepada orang lain yang memerlukan kelak nanti.-sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda