-->

Kisah Inspirasi Kucing Hilang Dua Kaki (5 Gambar)



Kisah inspirasi kali ini mengenai seekor kucing yang hilang dua kakinya akibat kemalangan jalan raya. Kaki kucing yang dimaksudkan ini adalah kaki di bahagian belakang. Namun kucing ini terselamat dan hidup sehingga kini.


Kisahnya berlaku di Milan, seekor kucing yang diberi nama Vito dipelihara oleh Silvia Gottardi dan isterinya Linda Ronzoni. Pada bulan Julai 2018, pasangan ini telah berkahwin dan ingin berbulan madu.

Oleh kerana Vito adalah kucing kesayangan mereka, Vito telah di hantar ke rumah rakan mereka untuk dijaga dan dipelihara sementara pasang ini berbulan madu.


Vito sebelum mengalam kecederaan kaki

Pada satu hari, Vito telah berjaya melepaskan diri dari rumah, dan berjalan-jalan di kawasan perumahan. Lebih dari satu hari Vito telah menghilangkan diri, dan apabila Vito ditemui, dia mengalami kecederaan yang sangat teruk sehinggakan kaki belakangnya terkeluar.



Vito pun dibawa berjumpa pakar bedah haiwan,dan menurut doktor tersebut Vito mungkin akan matv sekirannya kaki belakangnya tidak dipotong akibat kecederaan teruk dan jangkitan kuman.

Silvia dan Linda ketika diberitahu mengenai keadaan Vito, mereka sangat sedih, yang menyedihkan lagi mereka berada jauh dari kucing kesayangan mereka. Mujurlah mereka mempunyai rakan yang baik, yang sanggup membantu menjaga Vito ketika sakit.



Setelah dinasihati oleh pakar, mereka bersetujuh untuk memotong kaki belakang Vito bagi menyelamatkannya. Untuk menganti kaki Vito, doktor pakar bedah ini menyediakan kaki sementara untuk Vito. Sementara itu, pasang ini cuba mencari jalan alat yang sesuai membantu Vito agar dapat berjalan seperti kucing yang lain.

Akhirnya mereka berjaya menjumpai alat penyokong kaki kucing mereka seperti mana alat yang digunakan oleh atlet OKU (Orang Kurang Upaya).

Selepas beberapa bulan, Vito kelihatan semakin selesa dengan adanya bantuan alat ini, Vito mulai dikenali waktu itu sebagai Kucing Bionik atau kucing kaki palsu.



Setahun kemudia, Vito mulai terkenal di laman instagram yang dikenali sebagai vituzzosuperstar dengan videonya yang sedang belajar memanjat kusyen di rumah. 



Vito semakin terkenal apabila kisahnya mulai dikongsikan oleh seorang jurugambar yang dikenali sebagai Claudia Rocchini. Claudia telah membuat satu artitkel mengenai Vito yang bertajuk "Vituzzo Superstar." Dan kisah itu telah diambil oleh media tempatan dan kemudian dilaporkan secara meluas di seluruh negara.



Cancel

Terima Kasih atas comment anda