-->

Burung Pelik Dan Unik Toucans (10 Gambar)



Kenapa burung ini pelik dan unik?  Yang uniknya burung ini mempunyai saiz paruhnya yang sangat besar. Burung ini dikenali sebagai  Toucans  spesies burung yang boleh ditemui di hutan Amerika Tengah dan juga di Amerika Selatan. 


Manakala peliknya burung ini adalah, ianya mempunyai sayap namun burung ini tidak begitu baik menggunakan sayapnya untuk terbang. Dan salah satu cara untuk bergerak, mereka menggunakan kaki untuk melompat, dari satu tempat ke tempat yang lain. (Video cara Toucans melompat di bawah post ini)



Terdapat kira-kira 40 spesies toucan, semuanya dapat dikenal pasti dengan mudah kerana saiz paruh mereka yang besar dan warna paruh tersebut. 



Untuk pengetahuan anda burung terbesar dalam kategori ini adalah dikenali sebagai burung Toco toucan ukuran burung ini lebih kurang 75 cm panjang. 



Manakalah burung terkecil bagi spesies toucan  adalah burung Aracar toucanet, ini kerana panjangnya hanya kira-kira 35 cm sahaja.



Sedikit sebanyak mengenai burung Toucas, persoalannya adakah anda pernah melihat tengkorax  burung Toucan? bila kita lihat burung ini hidup, ianya kelihatan sangat menarik dan sangat comel. Apa tah lagi anak burung ini..




Tetapi setiap yang hidup pasti akan matv, gambar dibawah ini hasil dari kajian sains untuk mengetahui bagaimana rupa bentuk tengkorax burung Toucans, macam pelik pula rupanya.






Cancel

Terima Kasih atas comment anda