-->

Ketua Syarikat Kesihatan Matv Setelah Bagi Tips Panjangkan Umur



Seorang  lelaki yang berumur 65 tahun matv setelah memberi tips bagaimana panjangkan umur di majlis syarikat kesihatan (herba) di negara China. Beliau dikenali sebagai Chen Peiwen dan beliau adalah ketua di syarikat tersebut. 


Setelah Chen Peiwen memberi ucapan dengan semangatnya di majlis tersebut, beliau tiba-tiba pengsan dan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika itu. 

Chen Peiwen adalah ketua Teknologi dan Kesihatan Zhongyi yang berpusat di wilayah Guangdong.

Syarikat ini ditubuhkan pada bulan Ogos. Produk utama mereka adalah tonik iaitu ubat untuk menyegarkan dan menguatkan tubuh badan, selain itu ianya dikatakan mengandungi lilin herba yang berharga dan boleh membantu merawat gout.

Menurut Wu Tianrong, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut memberitahu bahawa Chen pingsan selepas memberi ucapan semasa video itu dirakam.

Wu menjelaskan bahawa Chen telah menjalani pembedahan pintasan jantung  pada 20 tahun yang lalu. Dan Chen merancang untuk pergi ke hospital selepas memberi ucapan, untuk pemasangan alat pacu jantungnya.

"Kami tidak menjangka tiba-tiba perkara ini berlaku," kata Wu.-sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda