-->

Meninggal Dunia Setelah Solat sunnat Di Masjid (3 Gambar)



Seorang lelaki berusia 50 an meninggal dunia sedunia setelah melakukan solat sunnat di Masjid Gombak Utara pada jam 5.45 pagi sebelum solat subuh.


Menurut bilal masjid berkenaan yang dikenali sebagai  Md Zin Zakaria yang berusia 62, ketika dia bersiap sedia untuk azan subuh jemaah dalam keadaan senyap bertukar riu apabila salah seorang jemaah tiba-tiba rebah pada saf kedua.



Mereka kemudiannya menghubungi pasukan perubatan bagi pemeriksaan keadaan lelaki tersebut.  Dan beberapa minit kemudian pegawai perubatan mengesahkan yang lelaki tersebut sudah meninggal dunia.

Menurut Md Zin Zakaria, dia kurang mengenail arwah kerana lelaki berkenaan bukan penduduk tempatan. Dan kebanyakannya warga asing di kawasan ini sentiasa bertukar kerana mereka menyewa sementara dan bekerja secara kontrak.



Ini adalah kejadian kali pertama membabitkan kematian jemaah yang berlaku dalam masjid tersebut. Menurut jemaah masjid pengakhirannya sungguh mulia dan dicemburui orang lain. -sumber



Cancel

Terima Kasih atas comment anda