-->

Rekod Dunia 2020 Wanita Memiliki 31 Jari? (6 Gambar)



Kisah ini berlaku di daerah Ganjam, Odisha di India. Seorang wanita memiliki jari yang berjumlah 31 jari termasuk kaki dan tangannya. Malangnya wanita ini telah dilabelkan oleh jirannya sebagai seorang ahli sihir.


Wanita ini dikenali sebagai Kumari Nayak yang berusia 63 tahun. Beliau akan dimasukkan ke dalam senari Rekod Dunia iaitu Guinness World Records 2020 kerana mempunyai jari paling banyak di dunia iaitu 19 jari di bahagian kaki dan 12 jari di bahagian tangan.



Buat pengetahuan anda, rekod dunia sebelum ini dimiliki oleh 
Devendra Suthar pada tahun 2014. Iaitu memiliki 14 jari di kaki dan 14 jari di tangan.



Disebabkan Kumari memiliki jumlah jari yang pelik, jiran tertangganya menanggap dia sebagai seorang ahli sihri. Menurut Kumari, "Saya dilahirkan sememang dalam keadaan cacat seperti  ini dan saya tidak dapat melakukan perubahan mengenai kecacatan ini disebabkan kami tergolong dalam keluarga yang miskin."

Menurut Kumari lagi, penduduk yang tinggal di kawasan ini sangat percaya dengan perkara yang karut. 


"Mereka percaya sangat yang saya ini seorang ahli sihir, sehingga mereka sanggup berjauhan dengan saya, dan ada yang datang untuk melihat keadaan saya, tetapi tidak membantu saya." "Kini saya terpaksa tinggal di dalam rumah untuk mendapatkan rawatan yang baik"

Salah seorang jirannya, yang menyedari keadaan Kumari, berkata: 


"Ini adalah sebuah kampung yang kecil dan penduduk di sini terlalu percaya pada perkara yang karut"


"Odisha adalah salah satu tempat yang kebanyakkan penduduknya salah faham tentang agama. Saya tahu keadaan sebenar Kumari yang dia mempunyai masalah kesihatan dan dia tidak kena mengena dengan kepercayaan penduduk di ini."

Pegawai-pegawai kerajaan di India, setelah mendengar keadaan sebenar Kumari, mereka telah menawarkan sebuah rumah dan duit pencen kepadanya. Selain itu, mereka juga cuba menerangkan hal sebenar kepada jiran-jiran Kumari.-sumber

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda