-->

Perbezaan Air Mani Dengan Sperma (3 Gambar)



Terdapat perbezaan air mani dengan sperma, dan kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Pelepasan sperma biasanya berlaku apabila seorang lelaki mempunyai hubungan sekx, atau onani, atau pun mimpi basah.  Kemudian apa nasib sperma jika seorang lelaki tidak pernah melepaskannya? 


Menurut kajian berjuta-juta sel sperma dihasilkan setiap hari. Sperma dewasa akan disimpan dalam epididimis. Apa itu Epididimis? Epididimis adalah saluran di belakang testis yang membawa sperma dari testis ke uretra.


Menurut Medical News Today "Jika seorang lelaki tidak pernah melepaskan air spermanya, sperma ini akan dimusnahkan dan diserap semula oleh badan,". Tetapi jika seseorang lelaki itu melepaskannya tanpa perhubungan, maka dalam beberapa minit sel-sel sperma yang keluar dari tubuh manusia akan mati dengan sendirinya. 


Walau bagaimanapun, sel-sel sperma yang memasuki rahim, boleh bertahan 3 hingga 5 hari.Untuk pengetahuan anda sel sperma dan air mani adalah dua perkara yang berbeza. Sperma adalah sel pembiakan yang berfungsi untuk menyuburkan telur.

Manakala air mani adalah cecair pelindung yang juga merupakan makanan untuk sperma. 

Bukan itu sahaja, air mani juga berfungsi sebagai kenderaan untuk membawa sperma supaya ia boleh bergerak sehingga menembus telur.-sumber

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda