-->

Senaman Sebelum Makan (4 Gambar)


Senaman sebelum makan atau makan dahulu sebelum bersenam? Kedua-duanya mempunyai kelebihan, dan dikatakan sekirannya makan dahulu sebelum bersenama boleh meningkatkan gula dalam darah dan memberikan tenaga untuk badan agar dapat melakukan senaman secara optimum. 


Selain itu juga makan sebelum bersenam membolehkan tubuh kita tidak merasa cepat letih apabila menjalani aktiviti fizikal di awal pagi. Walau bagaimanapun, beberapa penyelidikan telah dijalankan dan menunjukan bahawa senaman sebelum makan atau sarapan pagi lebih banyak membakar lemak berbanding makan sebelum bersenam.

Dalam laporan CNN, kajian terbaru dari UK iaitu penyelidi telah dijalankan kajian ke atas 30 lelaki yang berbadang besar atau gemuk. Mereka yang bersenaman sebelum sarapan pagi dapat membakar lemak dua kali lebih banyak daripada mereka yang bersenam selepas sarapan pagi. Ini kerana dalam keadaan tubuh badan kita masih kosong (tanpa makanan), tubuh tidak hanya membakar karbohidrat, tetapi ia juga membakar lemak pada tubuh badan kita.-sumber


Dalam tempoh enam minggu, menunjukkan bahawa peserta yang melakukan aktiviti fizikal sebelum sarapan pagi mengalami penurunan berat badan yang lebih banyak daripada peserta yang bersarapan pagi.

Senaman sebelum sarapan juga menjadikan otot badan lebih responsif terhadap insulin. Tubuh badan dapat mengawal tekanan gula dalam darah, sehingga mengurangi risiko diabetes dan penyakit jantung.


Satu kajian saintifik juga dijalankan oleh Bath University pada tahun 2017. Pada masa itu eksperimen dilakukan pada 10 orang lelaki. Dan hasil kajian mendapati perkara yang sama, bahawa mereka yang bersenam sebelum sarapan pagi dapat membakar lebih banyak lemak. Walaupun pada masa itu, mereka yang bersenam selepas sarapan pagi membakar lebih banyak kalori.-sumber

Satu kajian serupa yang dijalankan pada 28 orang, pada tahun 2010, yang menunjukkan keputusan yang sama. Kali ini para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama tidak bersenam sama sekali, kumpulan kedua makan sebelum bersenam, dan kumpulan ketiga senaman sebelum makan.


Hasilnya, kumpulan 1 dan 2 mempunyai tambahan sedikit berat badan mereka, manakala kumpulan ke 3 masih memiliki berat badan yang sama namun kumpulan ke 3 mempunyai kelebihan iaitu  mempunyai gula dalam darah yang stabil.

Beberapa kajian masih perlu dilakukan untuk membuktikan senaman sebelum sarapan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan sebelum ini, adalah jelas bahawa senaman sebelum makan lebih baik daripada senaman selepas makan.

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda