-->

Tayar Kereta Tanpa Angin ( 6 Gambar)



Ini adalah teknologi untuk tayar kenderaan pada masa depan. Buktinya adalah, sebuah kilang tayar Korea Selatan memperkenalkan konsep tayar yang tidak memerlukan tekanan angin.


Konsep tayar yang dikenali sebagai Hankook iFlex adalah prototaip tayar dari Hankook. Tayar ini juga dibuat dengan menggunakan bahan yang mesra alam.

Keupayaan Hankook iFlex untuk memberikan prestasi pemanduan berkelajuan tinggi yang sempurna. Ini adalah hasil usaha Hankook Tire untuk membangunkan teknologi tayar inovatif dan progresif secara bebas.



Perkembangan tayar ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi teknologi Hankook dalam pasaran tayar secara global. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hankook Tire, Seung-Hwa Suh, beliau berjanji, akan terus membangunkan tayar berorientasikan masa depan yang canggih dan mesra alam.

Hankook iFlex sebenarnya adalah konsep tayar kelima NPT dari syarikat Korea Selatan. Tayar ini juga telah melalui beberapa ujian bagi memenuhi lima kategori iaitu ketahanan, kekerasan, kestabilan, kemampuan dan kelajuan.

Gambar di bawah ini adalah salah satu tayar yang dihasilkan oleh Hankook i Flex.












Cancel

Terima Kasih atas comment anda