-->

Wabak Coronavirus Akan Berterusan Atau Tidak?



Adakah satu hari nanti virus wabak Corona Virus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 akan lenyap di dunia?  Soalan yang menarik, tapi bukan mudah untuk menjawabnya.


Menurut pakar dari negara China, jawab untuk soalan ini mempunyai dua kemungkinan. Sebelum itu, untuk pengetahuan anda Corona Virus kini telah merebak ke hampir ke seluruh dunia, iaitu 73 negara termasuk negara kita.

Berbalik dengan jawapan di atas, terdapat 2 kemungkinan iaitu :

1. Kemungkinan Pemulih Seperti Sedia Kala Adalah Tinggi.


Anda perlu lihat kepada pesakit Corona Virus yang pulih, mengikut kes yang berlaku di China, lebih  90 ribu pesakit yang mengalami  jangkitan Corona Virus, namun begitu 48 ribu daripadanya telah sembuh selepas menjalani rawatan.-sumber


Dengan melihat angka yang pulih, ini menunjukkan Corona Virus akan mulai berakhir sekirannya pesakit tersebut mendapat rawatan perubatan yang betul. 

Selain itu, walaupun Corona Virus ini berpotensi membawa maut, namun majoriti orang yang dijangkiti setakan ini hanyalah mengalami sakit yang ringan dan mudah untuk pulih sepenuhnya. 

Untuk pengetahuan anda juga, dalam kes Corona Virus ini, terdapat dua bahagian iaitu kes yang teruk dan kes yang ringan. Kes ringan adalah seperti demam, batuk, hidung berair, sakit tekak dan sesak nafas.

Manakala kes yang teruk atau tanda-tanda yang teruk adalah pesakit akan mengalami gejala sesak nafas, kurang oksigen, tekanan darah rendah, atau gangguan paru-paru dan banyak lagi.

Setakat ini di China, kes yang dikelaskan sebagai teruk adalah kurang daripada 14%, dan kritikal adalah kurang daripada 5%.


2.  Kemungkinan Corona Virus Akan Terus Berjangkit, Sekirannya Kita Sendiri Tidak Peka Dengan Keadaan Sekeliling Kita.


Anda perlu peka, dan perlu fahami keadaan yang berlaku pada masa ini. Jangan terlalu panik, ini kerana menurut Pakar Virologi dari Universiti Hong Kong, Dr. Jin Dong Yan panik hanya meningkatkan lagi peluang untuk Corona Virus merebak.

Majoriti orang di dunia ini panik, dan kebanyakannya telah meningkatkan risiko," kata Dr Jin Dong Yan di New York Times.-sumber



Walaupun pada amnya kadar kematian akibat Corona Virus ini di China adalah 2.3%. Namun untuk menghentikannya sangat sukar, ini kerana tanda-tanda orang yang mengalami Corona Virus sangat sukar untuk dikenali pasti. Disebabkan tanda-tandanya yang sama dengan sakit biasa seperti batuk, demam dan lain-lain.

Dan terdapat juga kes seseorang boleh dijangkiti tetapi tidak mempunyai sebarang gejala atau tanda-tanda sakit.

Menurut Dr. Dong Yan, orang yang mengalami gejala ringan dari Corona Virus ini umumnya sukar dibezakan dari orang yang mempunyai selsema biasa.


Maka Kesimpulannya


Tiada jawapan yang pasti berkaitan pengakhiran Corona Virus di dunia ini.  Menurut Dr. Jin Dong Yan kemungkinan Corona Virus akan hilang dengan sendirinya, seperti gejala selesema biasa.

Ini bermakna orang yang dijangkiti Corona Virus masih boleh aktif seperti biasa. Malah penyebaran virus ini boleh berlaku tanpa disedari, iaitu kadang kala ia hilang dan kadang kala ianya timbul mengikut seperti musim selesema biasa.


Diharapkan saintis di seluruh dunia dapat mencari vaksin bagi mengurangkan wabak Corona Virus yang berlaku pada zaman ini. 


2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda