-->

Cara Hilangkan Lenguh Kaki


Sebelum anda mengamalkan cara hilangkan lenguh kaki, anda perlu tahu apakah penyebab berlakunya lenguh pada kaki anda. Dan ini biasanya berlaku disebabkan aktiviti harian yang berat, seperti mengangkat barang, bersukan dan banyak lagi. Dan kesakitan pada kaki ini berbeza-beza, ada yang merasa kesakitan sikit, dan ada juga yang terlampu sakit.


Lenguh Kaki

Lenguh pada kaki ini biasanya berikatan dengan kekejangan otot, ianya akan berlaku apabila otot menguncup atau mengetatkan secara tiba-tiba disebabkan oleh senaman atau aktiviti berat yang dilakukan secara tiba-tiba dan melakukan aktiviti berlebihan.


Antara simptom-simptom kaki anda menunjukkan keadaan semakin teruk adalah :

1. Pembengkakan berlaku
2. Rasa sejuk atau kebas pada kaki
3. Perubahan warna kelihatan seperti pucat
4. Merasa semut-semut
5. Kaki terasa sangat lemah, terasa panas dan kemerah-merahan



Cara hilangkan lenguh pada kaki anda ialah :

  1. Hentikan semua aktiviti yang memyebabkan kaki anda merasa lenguh
  2. Rehatkan kaki anda dengan berbaring dan letakkan bantal di bawah kaki anda agar ia lebih tinggi daripada badan anda. Ianya bertujuan untuk memudahkan perjalana darah di kaki menjadi lebih lancar serta mampu mengurangkan tekanan pada kaki anda.
  3. Letak ais pada kaki anda yang sakit selama 20 minit
  4. Lakukan regangan ringan pada kaki anda
  5. Dan jangan lupa ambil ubat paracetamol jika perlu

Minum Air

Sekirannya anda merasa kerap kali lenguh pada kaki adalah lebih baik, anda amalkan selalu dengan melakukan regangan sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal. Untuk pengetahuan anda minum air yang mencukupi dapat mencegah dehidrasi, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan aktiviti.


Kaedah rawatan di atas ini, bergantung pada keadaan kaki anda. Jika terlalu sakit, hingga menyebabkan anda sukar bergerak sila rujuk pada doktor yang lebih pakar.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda