-->

10 Gambar Lukisan Hodoh Tapi Disukai Ramai



Kebiasaannya lukisan yang menarik perhatian orang ramai adalah lukisan yang hampir sama dengan gambar asal, tetapi kali ini lukisan yang dihasilkan sangat jauh bezanya dengan gambar asal, malah semakin hodoh. Dan yang peliknya lukisan hodoh ini sangat disukai ramai.

Instagram @Tw1tterPicasso

Kenapa lukisan ini sangat hodoh? sebenarnya idea melukis potret ini bermula pada 2 tahun yang lalu, semasa pelukis melihat beberapa gambar yang dihasilkan oleh seorang seni di laman instagramnya yang dikenali sebagai @Tw1tterPicasso. Walaupun lukisan yang dihasilkan itu sangat buruk, tetapi ramai yang mengikut perkembangannya, lebih 200 ribu yang follower, dan lebih 400 gambar yang telah dimuat naik di akaun instagram @Tw1tterPicasso.

Dan dari situ, terbitnya idea untuk melukis potret yang berkaitan dengan selebriti hollywood. Untuk pengetahun anda,  nama pelukis ini dikenali sebagai Matteo Carta yang berasal dari negara Italy. Pada tahun 2014, Carta mulai bekerja sebagai wedding photographer, tetapi hanya pada masa lapang sahaja. -sumbar


Menarik bukan, mahir dalam bidang photographer dalam masa yang sama, menjadi pelukis lukisanan hodoh yang disukai ramai. Gambar di bawah ini adalah hasil lukisan beliau di laman instagramnya yang dikenali sebagai @thebadrawer.  


Ini adalah Daniel Hernandez seorang artis rapper amerika yang kenal, dan beliau lebih dikenali sebagai Tekashi 6ix9ine atau hanya 6ix9ine.
Instagram @thebadrawer

Dwayne Douglas Johnson, juga dikenali dengan The Rock, beliau seorang pelakon, penerbit dan ahli gusti lelaki Amerika Syarikat di WWE.
Instagram @thebadrawer

Thomas Stanley Holland adalah seorang pelakon Inggeris dan penari. Holland terkenal dengan lakonan sebagai Spider-Man di Marvel Cinematic Universe.
Instagram @thebadrawer

John Christopher atau Johnny Depp merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat, yang terkenal dengan watak Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of the Caribbean.
Instagram @thebadrawer

Leonardo Wilhelm DiCaprio merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. DiCaprio memulakan kerjaya lakonannya dalam iklan televisyen pada awal 1990-an. Beliau juga terkenal dengan lakonannya dalam filem Titanic sebagai Jack Dawson.
Instagram @thebadrawer


Onika Tanya Maraj-Petty, atau lebih dikenali sebagai Nicki Minaj, warganegara amerika Trinidadian, beliau adalah seorang rapper, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan model.
Instagram @thebadrawer

Anne Jacqueline Hathaway adalah seorang pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Akademik, Golden Globe, Anugerah Filem Akademi British, dan Anugerah Primetime Emmy. 
Instagram @thebadrawer

Elon Reeve Musk FRS merupakan jurutera dan usahawan teknologi.Elon Musk juga adalah pengasas syarikat kereta elektrik Tesla
Instagram @thebadrawer


Donald John Trump ialah Presiden Amerika Syarikat ke-45. Sebelum beliau menjadi presiden, beliau ialah seorang ahli perniagaan dan personaliti televisyen.
Instagram @thebadrawer


1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda