-->

14 Gambar Kartun Muslimah Cute



Bagi sesiapa yang ingin mencari gambar kartun muslimah cute sangatlah mudah, hanya taip di google search anda pasti menjumpainya. Namun adakah anda pernah ambil tahu siapakah yang membuat gambar kartun muslimah cute ini? Beliau adalah salah seorang yang mempunyai kemahiran menggunakan photoshop dengan mengubah gambar kartun yang tersedia menjadi gambar kartun muslimah yang cute.



Beliau dikenali sebagai Tajul Aiman bin Tajul Anuar, yang berasal dari negeri Selangor,  berusia 28 tahun. Sebagai rakyat Malaysia kita patut bangga dengan karya seni anak muda kita. Bukan mudah mereka menceburi bidang seperti ini, ada yang kerana minat dan ada juga yang kerana hobi.

Hasil temubual oohsenyum, menurut Tajul Aiman, minatnya melukis kartu ini bermula dari sejak kecil lagi sebagai hobinya di masa lapang. Namun begitu, minatnya semakin tinggi apabila Tajul merasa "inspired" oleh pelukis yang tidak kurang hebatnya seperti Nayzak, Nurel Yana, Farish Ibnu Addin dan ramai lagi. 

"Karya yang saya hasilkan ini bukanlah 100% hasil tangan sendiri. Hakikatnya, saya bukanlah seorang pelukis yang berbakat besar seperti ramai pelukis di luar sana. Namun, disebabkan minat saya untuk melukis masih tinggi, saya hanya mengambil gambar-gambar sedia ada daripada pelbagai rancangan anime kemudiannya dilukiskan pakaian muslimah pada watak-watak tersebut menggunakan software Photoshop."



Terdapat banyak lagi gambar kartun muslimah yang dihasilkan oleh Tajul Aiman, anda boleh dapati di laman deviantart.com/taj92. Gambar di bawah ini adalah beberapa kartun muslimah cute yang dihasilkan oleh beliau.

















Cancel

Terima Kasih atas comment anda