-->

10 Lukisan Karikatur Oleh Pemandu Lori



Bakat terpendam seorang pemandu lori yang berasal dari negeri Sabah, mampu melukis lukisan karikatur yang menarik dan sangat menghiburkan. Beliau dikenali sebagai Zulfikar Bin Akmat, seorang pemandu lori semenjak 2003 sehingga kini. Beliau dilahirkan di daerah Kunak Sabah, dan kini menetap di Gurun Kedah.



Apa itu Karikatur, karikatur adalah suatu penggambaran menonjolkan atau membesar-besarkan ciri-ciri khas dipunyai objek atau orang yang dilakar dengan cara mudah melalui lakaran pensel atau melalui lukisan artistik yang lain.-Sumber

Minat Zulfikar dalam bidang seni lukis ini, bermula dari zaman persekolahan lagi. Namun bakat terpendamnya, terpaksa ditahan akibat keadaan ekonomi keluarga ketika itu, "masa tu nak beli pensil pun takdak duit" kata Zulfikar.

"habis SPM 1996, akhir tahun 1997 saya terus merantau ke penang, dan pada tahun 1998 saya mendapat kerja sebagai pekerja kilang. Hasil dari gaji pertama saya, saya terus beli peralatan melukis sedikit demi sedikit" kata Zulfikar.



Hasil temubual oohsenyum, menurut Zulfikar, dia mulai mempelajari cara melukis dengan betul melalui seorang pelukis yang tidak kurang hebatnya dikenali sebagai A.Rashid.

"Masa tu saya cuma perhatikan dari belakang dia saja tanpa dia sedari, saya cuma ada basic tapi saya tak tau mula dari mana melukis, sama ada dari mata, hidung ataupun outline muka. Selepas habis berkerja, saya terus balik rumah, bersiap-siap dan terus menuju ke komtar penang semata-mata mencari ilmu dari pelukis tu".

Lukisan karikatur yang pertama dilukis oleh Zulfikar adalah lukisan wajah kekasihnya, dan kini menjadi isteri Zulfikar. Romantik gitu... Untuk maklumat anda,  Zulfikar hanya melukis jika ada masa lapang dan tempahan sahaja. Sekirannya anda berminat untuk menempah lukisan karikatur dari Zulfikar Bin Akmat, sila hubungi beliau melalui akaun facebook Zulfikar Akmat Pika.

Gambar di bawah ini adalah hasil lukisan karikatur oleh Zulfikar Bin Akmat seorang pemandu lori, yang berasal dari negari Sabah. Terdapat banyak lagi hasil lukisan karikatur oleh Zulfikar, anda boleh mengikuti perkembangan beliau di laman instagramnya iaitu @zulfikar079akmat









1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda