-->

8 Gambar Animasi Dragon Ball 3D


Apa yang menariknya dengan animasi dragon ball 3D ini? ia nampak "real", dan animasi yang berbentuk 3D ini dibuat berdasarkan watak-watak  dalam komik dragon ball, seperti Majin Buu, Frieza dan banyak lagi. 

Sumber @rafagrassetti

Dragon Ball atau dikenali sebagai Mutiara Naga adalah, sebuah komike manga hasil karya Akira Toriyama. Komik dragon ball  ini sangat terkenal dengan jalan cerita yang menarik, watak dan aksi yang sangat menghiburkan. Komik manga dragon ball ini mula dipasarkan di Majalah Shōnen Jump Mingguan Jepan pada 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995.

Kenapa dragon ball dikenali sebagai Mutiara Naga? Sebab utama ialah pengeluar dan pencetakkan komik ini adalah Comics House. Comics House adalah salah satu syarikat penerbitan manga utama di Malaysia, yang menterjemahkan komik manga ke Bahasa Melayu, dan juga bahasa Cina.

Berbalik dengan tajuk di atas, artis seni yang menghasilkan animasi Dragon Ball 3D ini adalah dikenali sebagai Rafael Grassetti. Rafael mula berkarya pada tahun 2004, di sebuah syarikat iklan di Brazil selama 3 tahun. Selepas itu, Rafael mula berkerja persendirian sebagai "Freelance Character Artist for Cinematic, Advertising productions and Toy". 

Pada tahun 2013, syarikat SONY (VASG) telah menawarkan Rafael berkerja sebagai "Character Art Supervisor". Dan hasilnya, Rafael telah menyumbangkan idea dan karya seninya dalam beberapa permainan video (game) seperti Killzone: Shadow Fall, Infamous 3 dan The order 1886.-sumber

Bukan calang-calang orangnya ini, terdapat banyak lagi animasi yang dihasilkan oleh Rafael, lebih 900 gambar telah dimuat naik oleh Rafael di instagramnya iaitu @rafagrassetti.


1. Majin Buu


Majin Buu, biasanya ditulis Majin Boo dalam subtitle anime Jepun, dan diberikan sebagai Djinn-Boo dalam manga Viz Media. Majin Buu adalah watak fiksyen dan antagonis terakhir dalam siri Dragon Ball manga yang dicipta oleh Akira Toriyama, sebelum pembebasan Dragon Bola super. 

2. Cell


Cell adalah watak fiksyen dalam siri manga Dragon Ball yang diciptakan oleh Akira Toriyama. Dia membuat penampilan sulung dalam bab # 361 The Mysterious Monster, Akhirnya Muncul !!, pertama kali diterbitkan dalam Weekly Shōnen Jump pada 16 Februari 1992.

3. Frieza


Frieza, atau Freeza adalah watak fiksyen dan penjahat dalam siri manga Dragon Ball yang diciptakan oleh Akira Toriyama. Penampilan pertama Dragon Ball pada siri #247 Dark Clouds Swirl Over Planet Namek pada 24 October 1989.

4. Piccolo


Piccolo adalah watak fiksyen dalam siri manga Dragon Ball, pertama kali dilihat sebagai penjelmaan semula Piccolo Daimaō memegang watak yang jahat dalam bab # 161, bertajuk Son Goku Wins. Spesies makluk dari Planet Namek.

5. Guldo


Guldo atau Gurudo, adalah anggota Ginyu Force yang terkecil dan paling lemah secara fizikal. Guldo memiliki beberapa kebolehan psikik, termasuk dapat menghentikan masa selama dia dapat menahan nafas. 

6. Mr. Satan


Mr Satan adalah Juara Seni Bela Diri Dunia yang terkenal di dunia, gelaran Mr, hasil dari kemenangannya mengalahkan penduduk bumi yang normal ketika itu. Dia juga mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Pan.
7. Dabura


Dabura atau Dābura adalah adalah watak fiksyen dalam siri manga Dragon Ball, Dabura juga dikenali sebagai Raja Alam Syaitvn yang telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu. 

8. Buu Dan Babidi


Buu atau Good Buu adalah salah satu watak fiksyen dalam siri manga Dragon Ball. Buu seorang yang baik, penyayang dan suka bermain, berbeza dengan Majin boo. Manakala Babidi pula adalah watak sebagai ahli sihir makhluk asing yang jahat, tanpa belas kasihan dan tidak merasa menyesal untuk menghilangkan sesiapa pun dengan kuasanya, bahkan seorang pengikut yang paling setia.

2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda