-->

11 Gambar Ketika Mereka Masih Muda

 

Gambar ketika mereka masih muda, siapa mereka ini? mereka ini adalah orang yang sangat popular dan terkenal di seluruh dunia. Anda pasti mengenali mereka ini, tetapi sekirannya tidak jangan risau sedikit maklumat mengenai diri mereka bagi rujukan anda.  Di bawah beberapa gambar yang menarik ketika mereka masih muda...


Zuckerberg (kiri) dan rakan sebilik asrama Harvard.


Gambar di atas ini adalah gambar ketika beliau mulai belajar di sekolah tersebut. Beliau adalah Mark Elliot Zuckerberg seorang usahawan teknologi dan dermawan Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai pengasas Facebook dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook. 



Michael Jackson dan Paul McCartney 

Gambar ini adalah gambar dua artis selebriti yang sangat terkenal pada zaman 80an. Lelaki di sebelah kiri gambar ini adalah Michael Joseph Jackson seorang penyanyi, penulis lagu dan seorang penari yang hebat. Micahel Jackson juga dikenali sebagai "Raja Pop" kerana beliau sangat-sangat popular dengan lagu pop yang sangat menarik.


Mungkin Anda Berminat Dengan 12 Gambar Pelik Tapi Menarik


Manakala gambar lelaki disebelah kanan pula adalah Sir James Paul McCartney, beliau seorang penyanyi dan salah satu ahli kumpulan iaitu The Beatles. Beliau lahir pada 18 Jun 1942, seorang yang sangat pandai menulis lagu, penyanyi, pemuzik dan penerbit. 



Albert Einstein ketika duduk di tangga

Siapa lelaki ini? beliau adalah seorang ahli fizik yang sangat terkenal dan banyak memberi sumbangan terutamanya perkembangan kuantum, statistik dan kosmologi. Beliau Albert Einstein seorang warganegara Jerman dan telah meninggal dunia pada 18 April 1955, Penn Medicine Princeton Medical Center, New Jersey, Amerika Syarikat.




Bruce Lee sedang menari Cha-Cha

Pasti anda mengenali beliau kan, beliau adalah Bruce Lee seorang artis seni mempertahankan diri dari Hong Kong. Bruce Lee juga seorang pelakon filem aksi, pengara filem, penerbit, penulis dan banya lagi kebolehan beliau dalam bidang perfileman.


Untuk pengetahuan anda, Bruce Lee seorang pelajar menari yang sangat tekun. Setiap kali beliau belajar menari Cha Cha, beliau akan menulisnya dalam buku nota. Beberapa tahun kemudian, Bruce Lee cuba berhijrah ke San Francisco dengan hanya membekalkan $100. 



Apa yang menariknya, ketika Bruce Lee menaiki kapal tersebut, dia berada di kawasan bajet rendah (kira pakej Ekonomi lah tu), tidak lama kemudiaan Bruce Lee dijemput ke kawasan kelas pertama (VVIP) untuk mengajar para penumpang menari Cha-Cha. Menarik bukan... sumber



Bill ketika muda dengan alat musik saxophone

Siapa dia ini? beliau adalah Bill Clinton atau nama penuhnya ialah William Jefferson Clinton. Seorang Presiden Amerika Syarikat yang ke 42. Bill Clinton telah berkhimat pada Amerika Syarikat sejak 20 Januari 1993 hinggalah 20 Januari 2001.


Warren ketika muda

Siapa budak kecil berspek mata? beliau adalah Warren Edward Buffett, seorang usahawan Amerika Syarikat yang sangat dikenali ramai. Ini kerana kemampuan dan kepandaiannya mengumpul kekayaan dengan pelaburan melalui syarikat induk  Berkshire Hathaway. 


Berkshire Hathaway  ialah sebuah syarikat yang berpegangan konglomerat multinasional Amerika. Apa pula Konglomerat? Konglomerat adalah satu gabungan dua atau lebih syarikat yang melibatkan diri dengan perniagaan bersama atau istilah muda "satu syarikat multi-industri".


Untuk pengetahuan anda, Majalah Forbes telah meletakkan Warren Buffett di tempat pertama dalam senarai Orang Terkaya di Dunia pada tahun 2008 dengan jumlah kekayaannya AS $ 62 bilion. Dan pada tahun 2012, Warren Buffett kembali naik kedudukannya namun kali ini hanya berada di tempat ketiga dengan kekayaan US 44 bilion. Jumlah aset menurun sebanyak AS $ 6 bilion akibat penurunan nilai saham Berkshire sebanyak 7%.



Mungkin Anda Berminat dengan Kisah Disebalik Lukisan Yusof Ghani Bernilai RM 1 Juta



Arnold (kiri) sedang belajar 

Siapa lagi tu? Arnold Alois Schwarzenegger seorang pelakon, ahli bina badan, ahli politik Parti Republikan dan seorang usahawan yang berjaya. Ingat lagi tak filem yang beliau lakonkan iaitu The Terminator 1984, Terminator 2: Judgment Day (1991), Terminator: Dark Fate (2019) dan banyak lagi.



Bill Gate ketika muda


Ini adalah Bila Gates atau nama penuhnya William Henry "Bill" Gates III. Seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Micrsoft Corporation. Beliau juga seorang yang paling berpengaruh di seluruh dunia. 


Sehingga kini, Bill Gate telah banyak menyumbang dan membantu penjagaan kesihatan seluruh dunia, terutamanya keadaan pada masa kini penularan wabak covid 19. Untuk maklumat anda juga pada 2 Mac 2005, Ratu England melantik Gates sebagai seorang ksatria, terutama 'Komandan Ksatria Tertib Terhebat dari Kerajaan Inggeris'.


Muhammad Ali bersama Andre The Giant pada tahun 1976.

Kita tahu siapa Muhammad Ali, seorang peninju heavyweight yang terhebat di dalam sejarah sukan ini. Beliau juga seorang muslim yang pertama menjadi peninju yang terkenalan di kalangan orang muslim, sikap dan prinsip Muhammad Ali menjadikan ia lebih terkenal.


Siapa pula lelaki berbadan besar tu (Andre The Giant) ? Nama penuh beliau adalah AndrĂ© RenĂ© Roussimoff, seorang ahli gusti dan pelakon profesional Perancis. Andre The Giant berketinggian lebih kurang 7 kaki, namun begitu beliau telah meninggal dunia pada 27 Januari 1993, Paris, di Perancis.



Budak kecil yang comel

Siapa budak ini? ini lah Angelina Jolie Voight  atau lebih dikenali sebagai Angelina Jolie. Seorang pelakon yang sangat terkenal, antara filem yang beliau lakonkan adalah Maleficent 2014, Lara Croft: Tomb Raider 2001, dan banyak lagi.  Beliau juga telah memenangi tiga anugerah Golden Globe dan sebuah Oscar sebagai "Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" bagi lakonannya dalam filem "Girl, Interrupted



Cancel

Terima Kasih atas comment anda