-->

Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2020


Sebelum anda menilai lelaki paling kacak di dunia 2020 ini, anda perlu memahami apa itu kacak? Dari dewan bahasa kacak adalah seorang yang kelihatan gagah; segak; tampan: Seorang pemuda, sombong; megah; bongkak. atau  tampan, lawa, elok, gagah, bergaya, tumandang, menawan, menarik, dan menggoda.

oohsenyum

Banyak maksud dari bahasa pengertian kacak, menilai seseorang itu kacak atau tampan bersifat subjektif. Ini kerana setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri bagi menilai seseorang itu kacak atau pun tidak. 


Jadi gambar di bawah adalah senarai 10 lelaki paling kacak di dunia bagi tahun 2020, gambar-gambar di bawah ini adalah gambar terkini mereka.-sumber






10. Zayn Malik



Zayn Malik adalah seorang penyanyi Britain. Dia menjadi terkenal setelah mengikuti acara pencarian bakat dan memulakan kerjasama nyanyinya dengan One Direction.

Kini dia telah berjaya menjadi seorang penyanyi solo. Untuk pengetahuan anda Zayn Malik seorang muslim, tetapi kerana dia ingin membuat pilihannya sendiri iaitu kepercayaannya maka dia lebih percaya dengan "berbuat baik di balas baik".

"Saya tidak membuat pengakuan tentang agama yang saya anuti. Saya percaya adanya Tuhan, tetapi neraka? Tidak.-sumber


9. Tom Cruise



Seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan filem aksi terutamanya siri filem Mission Impossible. Popularitinya cukup terserlah dan enam dari filem lakonannya telah mengutip lebih ASD 100 juta bagi setiap filem. 

Filem-filem lakonannya mula mencapai box-office pada pertengahan 1980an, bermula dengan filem drama Top Gun (1986), The Color of Money (1986), Rain Man (1988) dan Born on the Fourth of July (1989). Walaupun tubuhnya agak rendah dengan ketinggian 5 kaki 7 inci, wajahnya yang kebudak-budakan telah berjaya menambat hati ramai penonton wanita.


8. Brad Pitt


Siapa tidak kenal pelakon yang sangat popular di seluruh dunia, dengan gaya yang segak, menarik dan menawan, tidak hairan dia juga menjadi salah satu lelaki paling kacak di dunia bagi tahun 2020. 

William Brad Pitt atau William Bradley Pitt adalah nama sebenar beliau. Brad Pitt juga perna dinobatkan Pelakon Lelaki paling Seksi bagi tahun 2000. Umur Brad kini 56 tahun di lahirkan di Lahir Shawnee, Oklahoma, Amerika Syarikat


Brad Pitt juga pernah berkahwin dengan artis terkenal dunia iaitu Angelina Jolie, namun perkahwinan mereka tidak berpanjangan. Sebelum mereka berpisah, mereka sangat terkenal malah di gelar sebagai pasangan paling romantis di dunia.

Di sebalik kegagalannya dalam perkahwinan, Brad Pitt adalah seorang tokoh yang sangat prihatin terhadap keluarganya. Dengan sikap seperti itu membuatkan ramai orang sangat suka padanya.  


7. Noah Mills


Noah Mills adalah seorang peragawan Amerika yang dibesarkan di Vancouver, British Columbia. Apa yang menariknya Noah adalah matanya yang membuat ramai wanita menyukainya. 

Model kacak ini mempunyai sifat rendah hati, pemurah, dan lemah lembut. Tidak hairanlah, dengan sikap yang sangat baik sebagai model profesional terutama penampilannya yang selalu bergaya, menjadikannya salah seorang lelaki terbaik di dunia.


6. David Beckham


Cristiano Ronaldo mungkin menjadi pemain bola sepak yang popular hari ini. Semua orang tahu bahawa Cristiano Ronaldo  mempunyai wajah yang kacak dan fizikal yang mengagumkan. Tetapi sebelum era Ronaldo,  David Beckham adalah lelaki yang setaraf dengan C. Ronaldo ketika itu. Sejak bermain untuk Manchester United hingga sekarang, David Beckham masih menjadi pemain bola yang popular.

David Beckham adalah tokoh superstar yang telah lama bersara dari dunia bola sepak. Pada ketika ini dia lebih fokuskan dengan mengurus kelab bola sepaknya iaitu Inter Miami CF dan Salford City.  Untuk pengetahuan anda, David Beckham juga perna menyertai lakonon dalam sebuah filem yang dikenali sebagai King Arthur: Legend of the Sword .


5. Robert Pattinson


Robert Pattinson, salah seorang lelaki paling kacak di dunia yang berasal dari England. Kini Robert sedang diperkatakan di media sosial sebagai penganti Batman yang akan datang. Robert mulai dikenali dengan peranannya sebagai puntianak atau  vampir yang bernama Edward Cullen dalam filem Twilight. 

Berkat peranannya dalam filem Twilight, membuatnya lebih dikenal dan berjaya membintangi beberapa filem bersama dengan artis dan pelakon senior yang lain. Memulakan karyanya sebagai model ketika berusia 12 tahun dan pada tahun 2008, dia ditawari untuk berlakon dalam filem Twilight.

Robert Pattinson dilahirkan di London pada 13 Mei 1986, dan berjaya membintangi beberapa buah filem seperti The Lost City of Z, Remember Me,  Harry Potter dan The Goblet of Fire. 

4. Omar Boran Al Gala


Salah seorang lelaki yang paling kacak di dunia, iaitu  Omar Borkan Al Gala dari Arab Saudi. Ramai orang berpendapat bahawa memiliki wajah yang kacak akan membawah kebahagian dan dapat apa saja yang dihajati.  Tetapi tidak dengan Omar Borkan Al Gala.


Omar Boran Al Gala pernah diusir  dari negeranya sendiri, iaitu Arab Saudi kerana dia dianggap terlalu kacak. Matanya yang tajam dapat memikat banyak wanita dan ini akan membuatnya bermasalah. Selain itu, penampilan Omar Borkan Al Gala juga akan menyebabkan kaum lelaki jatuh cinta padanya. Tampan pun salah tak tampan pun salah.


3. Hrithik Roshan


Hrithik Roshan adalah pelakon bollywood yang terkenal dan merupakan antara lelaki paling kacak di dunia. Bagi mereka yang menggemari filem bollywood, pelakon ini pasti mereka  kenali. 

Hrithik Roshan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Sussanne Khan pada tahun 2004. Namun, sayangnya pada usia perkahwinan ke-10, mereka memilih untuk berpisah pada tahun 2014. 


 Lakonan pertama Roshan dalam filem Kaho Naa Pyaar Hai pada tahun 2000 yang mana Roshan memperolehi Anugerah Film Pelakon Lelaki Terbaik dan Penampilan Sulung Lelaki Terbaik. Pada tahun 2001, beliau telah muncul dalam sebuah filem sensasi iaitu Kabhi Khushi Kabhie Gham yang menjadi filem Box Office India.


2. Chris Evans


Chris Evans adalah salah satu pelakon Hollywood yang paling kacak di dunia. Kejayaan beliau dalam peranannya sebagai wira dalam filem Captain America and Avengers,  menjadikan Chris Evans salah satu pelakon yang kaya di dunia.

Sebelum berlakon menjadi Captain America , Chris pernah berperanan dalam filem Fantastic 4, tetapi namanya dalam filem ini belum diketahui oleh ramai orang. Ketika itu dia masih mempunyai badan yang kurus dan tidak mempunyai otot yang menawan, sehinggalah dia berlakon sebagai Captain America.

Lelaki yang dilahirkan di Amerika pada 13 Jun 1981 adalah seorang yang peramah dan  mempunyai mata berwaran biru yang menarik.


1. V (Kim Tae-hyung)


Bagi mereka yang meminati artis K-Pop,  Kim Tae hyung adalah salah satu lelaki yang paling kacak di dunia dan sangat terkenal, kerana ciptaan lagu dan tariannya yang sangat bertenaga. Kim Tae adalah salah seorang anggota BTS, kumpulan yang sangat digemari oleh peminat wanita kerana bakat dan penampilan mereka yang baik.

BTS juga dikenali sebagai Bangtan Boys atau Bangtan Sonyeondan adalah sebuah kumpulan vokal lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman Big Hit Entertainment.

V juga pernah memenangi pemerhatian media sosial sebagai lelaki paling kacak di dunia tahun lalu. 


6 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda