-->

8 Pemenang Fotografi Sukan Dunia 2021

 

Di bawah ini adalah senarai pemenang Fotografi Sukan Dunia atau lebih dikenali sebagai World Sport Photography Awards bagi tahun 2021. Anugerah ini dibuat oleh perkongsian unik antara Twelfthman, agensi kretif, the leading sports creative dan Iconify. Dengan gabungan ini mereka akan menilai fotografi sukan yang terbaik.


Pertandingan ini dibuat bertujuan untuk memberi anugerah kepada jurugambar sukan profesional dan separa profesional serta specialist sports photographic agencies. Pelbagai gambar yang menarik telah dipertandingankan, namun setelah ditapis dan dinilai oleh juri profesional. Maka di bawah ini adalah pemenang bagi Anugerah Fotografi Sukan Dunia bagi tahun 2021.- Sumber


Anugerah Merit Khas,  Not to Day (2014)


Gambar: Daria Isaeva

Pemain bola sepak Lionel Messi sedang memandang trofi Piala Dunia berikutan kekalahan Argentina kepada Jerman. Pada ketika ini pelawanan berlangsung pada 14 Julai 2014 di Estádio do Maracanã di Rio de Janeiro, Brazil. Jerman telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0 selepas masa tambahan, dengan gol dari Mario Götze.


Mungkin Anda Berminat Dengan 9 Gambar Lawak : Wajah Pemain Menanduk Bola


Anugerah Merit Khas, Perenang Paralimpik (2004) 


Gambar: Bob Martin

Siapa ini? Beliau adalah Vicente Javier Torres Ramis yang dilahirkan di Palma de Mallorca, Kepulauan Balearic. Beliau adalah perenang S5 dari negara Sepanyol. Apa itu S5? untuk pengetahuan anda, S5, SB4, SM5 adalah klasifikasi perenang yang miliki kecacatan, dan ianya digunakan untuk mengkategorikan perenang berdasarkan tahap kecacatan mereka. 


Ia juga merangkumi kelas-kelas untuk orang kurang upaya sama ada pada tahap sederhana, boleh menggunakan tangan separuh atau sepenuhnya.  Pada tahun 2004, beliau telah memenangi pingat perak dalam medley 150 meter individu dan pingat gangsa dalam ganti-berganti medley 4, 50 x 50 meter.


Anugerah Merit Khas, The Notorious (2017) 


Gambar: John Barry

Beliau adalah Conor Anthony McGregor, seorang petarung seni bela diri dari Ireland. Beliau juga peserta Ultimate Fighting Championship, dan sangat terkenal dengan kehebatannya bertarung. Conor McGregor semakin dikenali ramai, terutamanya semasa petarunagan bersama Khabib Nurmagomedov.


Pertarungan bersama Khabib Nurmagomedov di UFC 229 telah berjaya menarik orang ramai lebih kurang 2.4 juta pembelian PPV,  dan ianya adalah yang paling banyak dijual untuk acara MMA.


Anugerah Merit Khas The Star of All-Stars (2020) 


Gambar: Yip Lampson Karmin

Siapa tu? Beliau adalah LeBron Raymone James Sr. seorang pemain bola keranjang yang profesional di negara  Amerika Syarikat. Beliau juga pemaian Persatuan Bola Keranjang Nasional Los Angeles Lakers. LeBron James dilahirkan di Akron, Ohio, Amerika Syarikat dan kini berusia 36 tahun. 


Untuk pengetahuan anda, ketinggia LeBron James adalah 206 centimeter atau dalam meter 2.06 meter. Sangat tinggi, dengan kemahiran beliau bermain boleh keranjang, LeBron James juga dianggap sebagai salah satu pemain NBA yang terbaik dalam sejarah.Dan beliau juga sering dibandingkan dengan Michael Jordan. 



Anugerah Gangsa/ Bronze Award In The Firing Line (2010) 


Gambar: Mark Pain

Siapa tak kenal Eldrick Tont Woods atau lebih dikenali sebagai Tiger Woods. Seorang pemain golf profesional Amerika yang merupakan antara pemain golf yang paling berjaya sepanjang zaman. Beliau telah menjadi salah satu daripada atlet dengan bayaran tertinggi di dunia pada beberapa tahun lalu.


Gambar ini diambil ketika Tiger Woods sedang menyertai pertandingan Piala Ryder. Ianya pertandingan golf lelaki setiap dua tahun sekali, antara pasukan dari Eropah dan Amerika Syarikat.



Anugerah Perak / Bronze Award The Smile (2016) 


Gambar: Cameron Spencer

Usain St. Leo Bolt adalah seorang pelari pecut yang telah memecahkan rekod dunia dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x 100 meter. Usian Bolt juga digelar sebagai  Lightning Bolt oleh media masa, ini kerana, hingga ke hari ini, belum ada lagi yang boleh memecahkan rekod dunia beliau.


Untuk pengetahuan anda, catatan masa Usain Bolt bagi acara 100 meter yang memecahkan rekod dunia ialah 9.58 saat. Dan manakala bagi 200 meter, Usain Bolt berjaya mencatat rekod dunia iaitu 19.30 saat. 4x100 meter, Usain Bolt bersama rakannya telah memecahkan rekod dunia iaitu 37.10 saat di Olimpik Beijing 2008.



Anugerah Merit Khas, Mallory Franklin (2019) 


Gambar: Richard Pelham

Wanita ini bukan calang-calang orang, beliau dikenali sebagai Mallory Franklin, yang berasal dari Britain. Franklin telah memenangi 9 pingat secara total di Canoe Slalom World Championship (ICF) iaitu 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 gangsa.  Beliau juga telah memenangi 13 pingat di European Championships.


Canoe slalom (sebelumnya dikenali sebagai whitewater slalom ) adalah sukan yang kompetitif dengan tujuan untuk melihat kemahiran berkayak yang perlu dilalui jalan air yang jeram dengan masa yang cepat. 



Anugerah Merit Khas, The Race to the Sun (2018) 


Gambar: James Startt

The Race to the Sun adalah  perlumbaan peringkat berbasikal jalan raya yang diadakan di Paris Perancis. Dan ini adalah edisi yang ke-77 Paris.


Mungkin Anda Berminat Dengan 6 Gambar Basikal Boleh Dilipat



1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda