-->

Wanita Bawa Mayat Ke Bank Untuk Buat Pinjaman (4 Gambar)

 



Kisah ini berlaku di Brazil, seorang wanita Erika de Souza Vieira Nunes, menarik perhatian seluruh dunia apabila dia ditahan selepas membawa mayxt seorang lelaki ke bank dengan tujuan mendapatkan pinjaman. Kejadian ini tersebar luas di media sosial, menunjukkan Nunes membawa mayxt Paulo Roberta Braga ke sebuah bank di kawasan Bangu, Rio De Janeiro.



Dalam video itu, Nunes kelihatan memegang kepala Braga yang sudah meninggal, sambil meminta agar Braga menandatangani kontrak pinjaman tersebut. Tindakan itu mengundang kehairanan dan kebimbangan dari kakitangan bank, pihak bank mendapati bahawa Braga kelihatan seperti tidak sihat.



Berdasarkan laporan, Nunes cuba menggunakan Braga yang telah meninggal dunia untuk mendapatkan pinjaman sebanyak USD 3,400. Namun, Braga sebenarnya telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.



Kerisauan pihak bank tentang keadaan Braga mendorong mereka untuk menghubungi pihak polis. Apabila pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, terbongkarlah kebenaran yang mengejutkan. Semasa siasatan, polis menemui bahawa Braga telah meninggal dunia sekurang-kurangnya dua jam sebelum kejadian itu.


Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : 6 Gambar & Rakaman Persoalan Terhadap Mayat Firaun





Nunes kemudian ditangkap dan didakwa atas penipuan dan penderaan terhadap mayxt. Namun, peguamnya mendakwa bahawa Braga masih hidup ketika mereka tiba di bank. Siasatan terus dijalankan untuk menentukan punca kematian Braga, sama ada Nunes benar-benar anak saudara Braga, dan sama ada ada pihak lain yang terlibat dalam cubaan penipuan bank tersebut.


sumber



2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda