-->

10 Orang Paling Kaya Di Dunia 2024

 



Korang pernah terfikit tak? siapa 10 orang paling kaya di dunia bagi tahun 2024 kali ini? Di tengah-tengah kita sibuk mengejar cita-cita dan berangan menjadi kaya raya, diorang ini dah melangkah jauh! Jadi, siapakah mereka? 


Di bawah ini oohsenyum senaraikan 10 orang paling kaya di dunia bagi tahun 2024. Ada banyak lagi, cuma yang ini saja oohsenyum mampu buat, Mari kita selami sedikit tentang mereka....



1. Bernard Arnault - $218.4 bilion!



Umurnya 75 tahun dan tinggal di Paris, France. Dialah bos dibalik empayar barang mewah LVMH, Bernard Arnault memiliki kekayaan sebanyak $218.4 bilion! Bukan main lagi kan? mempunyai koleksi brand-brand ikonik seperti Louis Vuitton dan Moët & Chandon, dan kapal layar mewah bernama Symphony! 


2. Jeff Bezos - $202.8 bilion!



Umurnya 60 tahun dan tinggal di Seattle, Washington, Jeff Bezos memiliki kekayaan $202.8 bilion! Dia bukan sahaja mencipta Amazon, tetapi juga memiliki The Washington Post dan syarikat antariksa, Blue Origin.


3. Elon Musk - $189.2 bilion!



Berumur 52 tahun dan tinggal di Austin, Texas, Elon Musk memiliki kekayaan $189.2 bilion! Beliau dikenali dengan Tesla dan SpaceX, dia juga memiliki sebahagian besar Twitter dan syarikat Neuralink.


4. Mark Zuckerberg - $184.8 bilion!



Kini beliau berumur 40 tahun dan tinggal di Palo Alto, California, Mark Zuckerberg mempunyai kekayaan $184.8 bilion! memilik Mark Zuckerberg membuktikan bahawa Facebook bukan sekadar platform sosial, tetapi juga mesin pencetak duit yang hebat, dan beliau juga memegang sebahagian besar saham dalam Meta.


5. Larry Ellison - $153.9 bilion!



Berumur 80 tahun dan tinggal di Lanai, Hawaii, Larry Ellison memiliki kekayaan $153.9 bilion! Larry Ellison ialah pengasas Oracle Corporation, dia juga memiliki jutaan saham Tesla dan hartanah bernilai $1 bilion!


6. Warren Buffett - $137.9 bilion! 



Walaupun berumur 93 tahun, Warren Buffett masih bersinar dengan kekayaan sebanyak $137.9 bilion! Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.


7. Bill Gates - $131.2 bilion!



Berumur 68 tahun dan tinggal di Medina, Washington, Bill Gates memiliki kekayaan $131.2 bilion! Beliau ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation, dan beliau juga mempunyai pelaburan dalam pelbagai industri.


8. Larry Page - $127.3 bilion!



Berumur 51 tahun dan tinggal di Palo Alto, California, Larry Page memiliki kekayaan $127.3 bilion! Beliau merupakan mengasaskan Google dengan Sergey Brin. beliau juga adalah ketua pegawai eksekutif Alphabet Inc.


9. Steve Ballmer - $125.6 bilion!



Steve Ballmer, berumur 68 tahun dan tinggal di Hunts Point, Washington, memiliki kekayaan sebanyak $125.6 bilion! Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan pelabur jutawan Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Microsoft dari 2000 hingga 2014. Dia adalah pemilik Los Angeles Clipper Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan.


10. Sergey Brin - $122.3 bilion!



Berumur 50 tahun dan tinggal di Los Altos, California, Sergey Brin memiliki kekayaan $122.3 bilion! Beliau merupakan mengasaskan Google dengan Larry Page, dan juga memiliki saham dalam Tesla dan syarikat genetik, 23andMe.


Sumber


1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda