-->

Bebola Nasi Digulung Guna Ketiak-Pelik Tapi Benar

 



Makanan sering menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat, terutamanya apabila ia mempunyai elemen yang unik, pelik dan menarik. Salah satu makanan pelik tapi benar adalah Bebola nasi yang digulung menggunakan ketiak oleh gadis-gadis cantik dari jepun atau lebih dikenali sebagai Bebola Nasi Onigiri.


sumber

Anda pasti rasa geli-kan, tapi anda perlu tahu yang Bebola Nasi Ongiri dari jepun ini didakwa ianya lebih mahal iaitu 10 kali ganda mahalnya daripada Onigiri biasa, pelik kan tapi benar. Bebola Nasi Ongiri adalah sejenis makanan ringan di Jepun yang dikatakan  penggunaan ketiak wanita (gadis-gadis) untuk menekan dan menggulung nasi tersebut yang bercampur dengan peluh yang mengandungi feromon. Ini memberi lagi rasa makanan itu lebih.....mmmm. Asal-usul makanan ini tidak dapat dipastikan dengan jelas, ada teori mengatakan ia diilhamkan dari adegan dalam cerita manga Mahōjin Guru Guru.




Keunikan Bebola Nasi Ongiri ini mula mendapat perhatian dan menjadi tajuk utama di Jepun pada tahun 2016, apabila Sirabee menyiarkan satu gambar seorang pekerja pejabat yang berusia muda, menyediakan makanan tersebut untuk rakan sekerja lelakinya. 




Eksperimen ini sepatutnya menjawab soalan mengenai Adakah Bebola Nasi Ongiri yang digulung dalam ketiak wanita (gadis) cantik lebih sedap daripada Bebola Nasi Ongiri yang biasa? Hasil daripada eksperimen itu, boleh disimpulkan bahawa tekstur Bebola Nasi Ongiri ini lebih teruk dan sukar dipegang berbanding Bebola Nasi Ongiri biasa, tetapi rasanya lebih sedap.



Baru-baru ini, artikel mengenai Bebola Nasi Ongiri ini tersebar luas di media sosial dan saluran berita antarabangsa, menyatakan bahawa makanan ini dijual di beberapa restoran di Jepun. Namun, kesahihan artikel ini masih diragui dan dipertikaikan oleh ramai pihak. 


sumber


Cancel

Terima Kasih atas comment anda