Ucapan Hari Raya Aidiladha 2024-1445H

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia Oohsenyum, Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba! Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H kembali lagi untuk kita semua. Di bawah ini oohsenyum Senaraikan Ucapan Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English serta Pantun Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H.

Tetapi sebelum itu, marilah kita memperingati erti pengorbanan dan kesyukuran dalam hidup kita sebagai umat Islam. Hari Raya Aidiladha, atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban, adalah salah satu perayaan terbesar dalam kalendar Islam.

Perayaan ini mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s., atas perintah Allah S.W.T. Pengorbanan ini adalah simbol ketaatan dan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah. Ia menjadi teladan dan inspirasi bagi kita semua untuk sentiasa bersedia berkorban demi kebaikan dan keberkatan hidup.

Pada hari yang penuh keberkatan ini, umat Islam yang berkemampuan akan melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih haiwan seperti lembu, kambing, atau unta. Daging korban ini kemudian akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan fakir miskin. Ini adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa syukur dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan antara kita.

Di kesempatan yang berbahagia ini, kami dari oohsenyum ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca yang dikasihi. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah dan diberkati dengan rezeki yang melimpah ruah. Marilah kita sama-sama meraikan hari yang mulia ini dengan penuh kegembiraan, kesyukuran, dan keinsafan.

Untuk mereka yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah, kami doakan agar segala urusan anda dipermudahkan dan memperoleh haji yang mabrur. Sesungguhnya, menunaikan ibadah haji adalah impian setiap umat Islam, dan mereka yang berpeluang melaksanakannya adalah sangat beruntung.

Akhir kata, semoga Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan rahmat kepada kita semua. Jangan lupa untuk terus menyebarkan kasih sayang dan kebaikan kepada orang di sekeliling kita.

Selamat Hari Raya Aidiladha! Maaf zahir dan batin dari kami di OohSenyum. Di sini oohsenyum senarikan Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H untuk anda copy dan past di whatsaap atau mana-mana di media sosial.

Senarai Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H

1. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agama Islam yang tercinta. Moga kita semua mencapai redha, maghfirah dan rahmat Allah.

3. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan.

4. Selamat Menyambut Hari Raya Korban Tahun 2024. Semoga kita mengambil pengajaran di sebalik erti pengorbanan dan menghayati dalam kehidupan seharian. Insyaallah.

5. Yang jauh itu waktu. yang dekat itu Mati. Yang besar itu Nafsu. Yang berat itu Amanah. Yang mudah itu Berbuat Dosa. yang panajng itu Amalan Soleh. Yang indah itu saling Memaafkan. Salam Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.

6. Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha Tahun 2024. Mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan.

7. Kepada keluarga tersayang, Selamat Hari Raya Aidiladha 2024. Semoga kebahagiaan dan keberkatan sentiasa bersama kita. Salam Aidiladha.

Baca Ini :

12 Gambar Selamat Hari Raya Aidiladha

Lembu Paling Mahal Di Dunia

Koleksi Infomasi Menarik Oohsenyum

8. Salam Aidiladha buat keluarga tercinta. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

9. Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh ahli keluarga. Moga kita terus bersatu dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

10. Keluarga yang dikasihi, Salam Aidiladha 1445H. Semoga setiap langkah kita diberkati dan dirahmati.

11. Selamat Hari Raya Aidiladha 2024. Moga kita sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah.”

12. Selamat Hari Raya Aidiladha 2024. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Salam Aidiladha!

13 Selamat Hari Raya Haji. Moga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.

14 Salam Aidiladha 1445H. Semoga setiap pengorbanan kita diterima dengan penuh keberkatan.”

15. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh-Nya.

16. Salam Aidiladha! Moga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT

17. Salam Aidiladha 1445H. Moga setiap pengorbanan kita dirahmati dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Selamat Hari Raya Aidiladha.

18. Salam Aidiladha 2024. Semoga setiap amalan kita diterima oleh-Nya dengan penuh keikhlasan.

19. Selamat Hari Raya Aidiladha. Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, Melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail, Dikala itulah bermulanya sejarah agung, Erti sebuah pengorbanan.

20. Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan, Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Salam Aidiladha.

21. Salam Aidul Adha Maaf Zahir Batin | Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua. Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa.

22. Yang jauh itu Waktu Yang dekat itu Mati, Yang besar itu Nafsu Yang berat itu Amanah, Yang mudah itu Berbuat Dosa Yang panjang itu Amal Soleh, Yang indah itu Saling Memaafkan | Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

23. Salam Aidiladha buat semua sahabat. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua. Selamat Hari Raya Haji.

24. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat tersayang. Moga setiap amalan kita diterima dan diberkati.

25. Salam Aidiladha! Moga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

26. Selamat Hari Raya Haji, kawan-kawan. Semoga segala pengorbanan kita diterima dengan penuh keberkatan.

27. Salam Aidiladha 1445H buat rakan-rakan. Moga kita terus diberkati dan dirahmati oleh-Nya.”


Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H dalam Bahasa English

1. Wishing you a blissful Eid-Ul-Adha! You and your family will be in my prayers and good thoughts.

2. No shadows to depress you, only joys to surround you, God himself to bless you: these are my wishes for you. Today, tomorrow and every day. Have a prosperious Eid al-Adha.

3. As we celebrate this day of sacrifice, let us remember the importance of love, unity, and compassion. Eid Mubarak, dear brother. May you be surrounded by your loved ones.

4. As we celebrate this day of sacrifice, may we remember the teachings of Prophet Ibrahim (AS) and strive to be better Muslims. Eid Mubarak to all.

5. May the teachings of Allah and his prophet be your companion throughout your life. May this Eid al-Adha bring peace, prosperity and happiness to you and your family.

6 Dear friends, Eid Mubarak to you all! May Allah grace you and your family with His heavenly blessings and reward you abundatly for you Holy sacrifice.

7. May your faith and love for Allah be rewarded with peace, happiness, and successes for today and always. Wishing you a joyful Eid ul Adha Mubarak.


Senarai Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H


Lembu dan Kambing sedang menanti,

Untuk dikorbankan sekejap lagi,

Sucikan diri ikhlaskan hati,

Semoga korban diterima ilahi.


Pergi ke masjid dengan bapa,

Diajak bersama rakan serta taulan,

Salam Hari Raya Aidiladha,

Salah dan silap mohon dimaafkan.


ndah langit kerana awan,

Indah laut kerana kebiruan,

Indah Aidilfitri kerana kemaafan,

Indah Aidiladha kerana pengorbanan.


Renjis kasturi doa selamat,

Sedulang pahar dibawa rakan,

Korbankan diri kasihkan umat,

Salam Aidiladha kita ucapkan.


Siram pokok diwaktu pagi,

Sambil siram sambil makan,

Aidiladha menjelma lagi,

Mari kita sama raikan.


Kerbau marah sambil menyeringai,

Mengamuk sakan robohkan jamban,

Mengapa kerbau buat perangai,

Patulah esok dah Raya Korban.


Lembu menangis tak henti-henti,

Kambing sibuk sorokkan diri,

Unta pula buat-buat mati,

Biri-biri tiba-tiba tak sedarkan diri.


Mata mengantuk tersangkat kelat,

Tersengguk-sengguk menyandar ke kiri,

Terkejut melihat parang berkilat,

Lembu lari selamatkan diri.


Lembu popular masa Raya Haji,

Dagingnya sedap sampai tersangkut celah gigi,

Kes lembu lari pernah terjadi,

Hati-hati jangan sampai terjadi lagi.


Balik dari haji dapat gelaran Hajah,

Makin berseri rajin berusaha,

Takbir bergema tanggal 10 Zulhijjah,

Ku ucapakan Selamat Menyambut Aidiladha.






Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post