-->

7 Gambar Artis Hollywood Sebelum Mereka Terkenal



Bradley Cooper lahir pada 5 Januari 1975 adalah seorang pelakon filem, pentas dan televisyen Amerika. Dia dikenali dengan watak Phil Wernkick dalam wayang The Hangover, Will Tippin dalam siri TV Alias dan Zachary "Sack" Lodge dalam filem komedi Wedding Crashers. Cooper juga berlakon sebagai Templeton "Face" Peck dalam filem The A-Team.


Christopher Ashton Kutcher, (lahir Februari 7,1978 di Cedar Rapids, Iowa), merupakan seorang pelakon dan penerbit Amerika. Dia terkenal melakonkan Michael Kelso di rancangan terbitan FOX That '70s Show, dan ialah penerbit eksekutif untuk rancangan MTVPunk'd. Dia sekarang berkahwin dengan pelakon Demi Moore yang 15 tahun lebih tus daripadanya.

Adam Richard Sandler (lahir 9 September 1966) adalah pelakon, pelawak, penerbit filem, dan ahli muzik Amerika Syarikat yang juga bernyanyi dan bermain gitar. Selepas menjadi pelakon Saturday Night Live dan mencapai kejayaan sebagai pelawak yang berdiri di hadapan penonton, dia kemudian menjadi seorang pelakon Hollywood yang utama dan telah berlakon dalam tujuh buah filem ASD$100 juta. Sedangkan dia paling terkenal untuk peranan-peranan komedinya, dia juga mencapai kejayaan dalam peranan-peranan yang serius dalam filem Punch-Drunk Love (2002) dan filem Spanglish (2004).

Leonardo Wilhelm DiCaprio atau lebih dikenali sebagai Leonardo DiCaprio lahir  pada11 November 1974 merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. DiCaprio memulakan kerjaya lakonannya dengan muncul dalam iklan televisyen pada awal 1990-an.

Usher Terrence Raymond IV lahir di Dallas, Texas, pada 14 Oktober 1978  beliau lebih dikenal sebagai Usher, Usher merupakan seorang penyanyi R&B, pencipta lagu, penari, dan pelakon. Ia mulai terkenal pada akhir 1990-an dengan  album keduanya, My Way, yang menjadi hit nombor satu Billboard Hot.

Eric Marlon Bishop lahir pada 13 Disember 1967, dikenali secara profesional sebagai Jamie Foxx , adalah seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu, produser rekaman dan pelawak Amerika. Antara filem yang beliau berlakon ialah Django Unchained.

Zachary David Alexander Efron lahir pada 18 Okt 1987, beliau adalah seorang pelakon Amerika. Beliau mula menjadi seorang artis secara profesional pada awal tahun 2000, dan menjadi terkenal di akhir tahun 2000 kerana peranannya sebagai Troy Bolton di francais Muzik Sekolah Tinggi (2006-2008). Untuk pengetahu anda, beliau juga membintangi filem Musical Hairspray (2007) dan filem komedi 17 Again (2009).