-->

11 Gambar Kereta Terbang Pertama Di Malaysia


Kereta terbang, bakal berada di Malaysia pada tahun ini menurut laporan mymetro. Malaysia boleh !!! Untuk pengetahuan anda, kereta terbang sebenarnya telah pun berjaya dicipta dan sudah pun dipasarkan oleh Aeromobil.






Aeromobil ialah pengilang prototaip bagi kereta terbang, yang direka oleh Štefan Klein. Kereta terbang yang pertama diterbangkan pada tahun 2013. Ketua Pegawai Eksekutif Juraj Vaculik menyatakan pada Mac 2015 bahawa kenderaan yang dimaksudkan ini hanya untuk "pembeli supercar yang kaya dan peminat penerbangan". Aeromobil melancarkan versi pengeluaran kenderaan itu pada April 2017 dan mengumumkan bahawa ia akan tersedia untuk preorder sebelum akhir tahun 2017.

Prototaip itu difahami sebagai sebuah kenderaan yang boleh ditukar daripada sebuah kereta ke sebuah pesawat. Konsep kereta terbang ini mengambil masa 20 tahun untuk dibangunkan, dan mereka telah berjaya menerbangkan kereta pada tahun 2013.

Prototaip ini telah dibina oleh Pasukan Aeromobil, yang berpangkalan di Bratislava , Slovakia dan diketuai oleh pengasas Štefan Klein dan Juraj Vaculík, penasihat mereka adalah Dean Kamen. Sehingga 2013, terdapat empat versi pembangunan Aeromobil, 1.0, 2.0, 2.5, 3.0 dan terkini 5.0 VTOL. 5.0 VTOL ini berkonsepkan kereta teksi elektrik, yang mempunyai 4 tempat duduk yang menggabungkan penerbangan dengan keupayaan memandu.



Ini adalah kereta terbang versi 5.0 VTOL.










Dan ini ada kereta terbang aeromobil versi 4.0.








Cancel

Terima Kasih atas comment anda