3 Gambar Iklan Don’t Let Traffic Change You Terbaik


Dengan konsep 'Don’t let traffic change you', iklan ini telah diberikan kepada Detran / RN (Jabatan Trafik Rio Grande do Norte) bagi kempen perubahan tingkah laku bagi pemandu apabila mereka memasuki kenderaan.

Iklan ini menjadi iklan paling terbaik yang telah dibuat di negara Brazil. Sememangnya kita akan berubah apabila memasuki kenderaan akibat terlalu ego pada diri sendiri, tetapi tidak semua pemandu yang bersikap seperit ini.  Kita boleh katakan pemandu yang terlalu ego ini dikenali sebagai pemandu agresif.

Pemanduan yang agresif tidak boleh disalahtafsirkan sebagai "samsing jalan raya." Walaupun kemarahan jalan raya boleh berlaku akibat memandu yang agresif, definisi memandu yang agresif sebenarnya adalah sejenis tingkah laku memandu yang disengajakan yang menjadikan keselamatan dan kebajikan pemandu lain berisiko.

Contoh pemandu agresif adalah 

1. Running stop signs or red lights
2. Excessive speeding
3. Failure to yield to other drivers when they have the right-of-way
4. Weaving in and out of traffic via excessive lane changes, and many others.

 Selain itu tingkah laku pemandu yang agresif juga termasuk membunyikan hon pada masa yang lama, lampu berkelip, menjerit, dan memberi isyarat kepada pemandu lain untuk memaparkan kemarahan mereka.-sumber

Gambar dibawah ini adalah iklan bagi kempen tingkalaku pemandu di negara brazil, negara kita perlu buat kempen seperti ini.